Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan hari ini.
Memetik laporan Malaysiakini, seawal jam 8 pagi tadi, puluhan media tempatan dan antarabangsa berada di perkarangan ibu pejabat SPRM bagi membuat liputan kes membabitkan beliau. Sekitar jam 9.20 pagi, bekas Timbalan Perdana Menteri itu kelihatan berbaju batik berwarna hijau, tiba di ibu pejabat SPRM itu menaiki kenderaan Land Cruiser berwarna putih. Ini merupakan kali ketiga beliau dipanggil untuk memberi keterangan selepas dipanggil pada 2 dan 3 Julai lalu. Beliau dipanggil berhubung siasatan terhadap dana Yayasan Akal Budi milik keluarganya yang ditubuhkan untuk menjalankan aktiviti amal.
Turut dipanggil untuk memberi keterangan bagi siasatan berhubung dakwaan sama ialah anak Ahmad Zahid, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid dan abang tirinya, Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi. Semalam, Timbalan Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki mengesahkan pihaknya memanggil Zahid untuk diambil keterangan tetapi enggan mendedahkan butiran lanjut. Sumber yang rapat dengan siasatan, memberitahu Malaysiakini semalam bahawa penyiasat SPRM hanya mahu menyoal Zahid hari ini sebagai sebahagian daripada proses siasatan mereka.- CARI |
22
Bagus |
15
Marah |
11
Terkejut |
10
Sedih |
16
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT