Walaupun penganjuran pesta arak terbesar, ‘Octoberfest’ pernah mencetuskan kontroversi, namun ia tetap dibenarkan berlangsung di ibu negara pada bulan ini.
Memetik laporan FMT, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad memaklumkan, pihak penganjur boleh membuat permohonan permit dan mematuhi syarat yang ditetapkan sekiranya mahu mengadakan 'Octoberfest'. “Kita akan periksa dan sahkan sama ada pesta itu akan dianjurkan atau tidak. Kalau nak buat, buatlah permohonan, maka kena ikut peraturan." Jelas Khalid, antara garis panduannya adalah lokasi pesta itu perlu dibuat di tempat terkawal, bukan tempat khalayak ramai dan tidak ada orang Islam yang hadir.
Sementara itu, menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, setakat ini tiada sebarang permohonan dibuat daripada penganjur pesta itu. Difahamkan, pesta arak yang pertama kali diadakan adalah pada tahun 2012 yang berlokasi di Taps Beer Bar di Changkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur dengan kehadiran lebih kurang hanya 200 orang pengunjung. Pada tahun 2016, pesta ini diadakan di Publika Shopping Gallery dengan menyediakan 150 jenama arak dihadiri oleh 3,500 orang. Pada tahun lepas pula, Better Beer Festival yang dianjurkan oleh pengedar bir MyBeer (M) Sdn Bhd yang mana acara utamanya ialah untuk merasai produk pengeluar bir bebas. Difahamkan, pesta arak kali ini adalah adalah tahun ketujuh ia diadakan.- CARI |
27
Bagus |
28
Marah |
22
Terkejut |
20
Sedih |
36
Lawak |
36
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT