Baru-baru ini, tular kisah seorang pengantin dianiaya juruvideo yang menghasilkan video perkahwinan animasi syok sendiri.
Rata-rata netizen merasakan video itu melucukan dan tidak masuk akal, namun bersimpati terhadap nasib pengantin yang menjadi mangsa pada hari bahagianya. Namun, respons juruvideo terbabit seolah-olah pengantin tidak tahu menilai kualiti hasil videonya, malah dia pula mentertawakan si pengantin. Meskipun dikecam satu Malaysia, juruvideo masih tidak segan silu mempromosikan hasil karyanya di laman sosial. Rupa-rupanya, bukan satu sahaja pasangan pengantin yang menjadi mangsa hasil karya Abang videographer, tetapi sudah beberapa pasangan yang terkena. Kalau dilihatkan harga yang dipromosikannya tak sampai RM1,000, tetapi berbaloikah bayaran yang murah untuk video hari perkahwinan yang penuh dengan animasi merepek dan tidak relevan? Video asal perkahwinan Hadi dan Farah Netizen yang tidak puas hati melemparkan komen-komen negatif di ruangan Facebook beliau dan berharap beliau sedar bahawa hasil kerjanya sangat tidak berkualiti dan tindakan itu tidak wajar untuk merosakkan hari bahagia orang lain. Akan tetapi, ada juga netizen yang membela Abang videographer dengan mencabar orang lain menghasilkan video lebih hebat. Terkini, ramai yang tampil untuk membela pengantin Hadi dan Farah. Netizen yang berbakat berusaha memulihkan video pasangan pengantin tersebut. Beruntung pasangan ini kerana ramai yang ambil berat tentang mereka. Video Perkahwinan Farah dan Hadi (REMASTERED Edition) Ini pula respons Abang videographer setelah dikecam hebat oleh netizen. Semoga dengan kejadian ini, Abang videographer sedar bahawa terlalu banyak yang perlu diperbaiki dan bukan mudah untuk menghasilkan video sebuah perkahwinan. Malah, perlu ada cara dan tentunya perlu dipelajari dari mereka yang profesional. Pengantin di luar sana juga diingatkan supaya berhati-hati apabila melanggan servis untuk hari bahagia mereka. - CARI
|
12
Bagus |
16
Marah |
18
Terkejut |
17
Sedih |
28
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
insulin replied at 26-10-2018 02:54 PM
Mamat ni memang delusional.
pai.kacang replied at 26-10-2018 03:09 PM
aku pun rasa camtu
insulin replied at 26-10-2018 03:17 PM
Orang dah tak suka namun masih buat lagi. Patutnya upgrade skill editing tu dulu.
ADVERTISEMENT