Macam-macam kerenah tentang penumpang sering kedengaran ketika menaiki pesawat tidak kira penerbangan dalam negeri mahupun luar negara. Memetik laporan mStar yang ambil sumber dari Mirror.UK, terbaru seorang ibu membiarkan anaknya membuang air besar menggunakan 'potty' atau kerusi khas untuk kanak-kanak seperti mangkuk tandas di tengah-tengah laluan antara tempat duduk penumpang di dalam sebuah pesawat. Tindakannya itu menerima kecaman penumpang yang rata-rata rasa pelik kenapa ibu tersebut tidak membawa anaknya itu ke tandas. Menyedari perkara tersebut, kru kabin kemudian meminta penumpang berkenaan untuk membawa anak kecilnya ke tandas.
Dia bagaimanapun tidak mempedulikannya, sebaliknya menlontarkan kata-kata kesat. Gambar ibu dan anak itu mengejutkan netizen selepas ia dikongsikan di laman sosial Instagram pada Rabu, dengan ramai menyifatkan ia sebagai perbuatan yang menjijikkan. Seorang netizen membandingkan insiden tersebut umpama membawa anak kecil ke bilik mandi di tengah-tengah restoran, manakala ada yang berpendapat ia sebagai satu tindakan yang jijik. Malah ada yang mempersoalkan bagaimana ibu berkenaan dapat membawa masuk kemudahan 'tandas' untuk kanak-kanak itu ke dalam pesawat.- CARI
|
20
Bagus |
13
Marah |
17
Terkejut |
14
Sedih |
13
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT