Pelakon Johnny Depp menegaskan dia tidak pernah mendera bekas isterinya, model dan pelakon Amber Heard. Dalam temubualnya yang terkini dengan majalah GQ, pelakon itu menceritakan kesan insiden tahun 2016 itu apabila Amber menuduh Johnny membaling telefon bimbit kepadanya sehingga mukanya lebam. Kejadian dikatakan berlaku di rumah mereka di Los Angeles. "Saya sangat terkesan dengan tuduhan itu, reputasi saya dilebelkan sebagai seorang yang jauh daripada diri saya sebenar," katanya. Pihak polis Los Angeles memberitahu majalah People bahawa beberapa orang pegawai polis telah melawat ke kediaman mereka sejurus menerima laporan tetapi tidak menemui sebarang bukti. Beberapa bulan selepas kejadian itu, Johnny dan Amber memutuskan untuk bercerai dan mengeluarkan kenyataan bersama ???hubungan kami sangat hangat dan kadangkala menjadi ganas tetapi kami saling mencintai???. Johnny menegaskan beliau bukanlah lelaki yang ganas. "Saya tidak tergamak mencederakan seseorang yang saya sayangi, tuduhan itu tidak benar, jadi saya mendiamkan diri". Johnny juga mendakwa Amber meneruskan hidup gembira dan normal susulan kejadian itu. "Dia berpesta siang malam, matanya terbuka, dia kata saya menumbuknya, saya duduk 25 kaki daripadanya ketika berbalah, macam mana saya boleh menumbuknya dengan jarak itu, itu tuduhan bodoh", katanya lagi. Ketika dihubungi oleh CNN untuk mendapatkan komen, peguam Amber kesal kerana majalah GQ tidak menemubual saksi kejadian ketika Amber diserang. "Penerbitan GQ berat sebelah," kata peguam Amber. -CARI |
13
Bagus |
15
Marah |
11
Terkejut |
21
Sedih |
16
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sinalegna: Hoi perampas.. sape suh bitchy. Gigeh le tu nk suh feminist bekap dia
Iris. replied at 12-3-2019 02:51 PM
tak ada sesiapa ke yang upkan kes ni.....
kat twitter dah hangat pasal kes ni... plot twist hujung ...
Spicymami replied at 28-12-2018 02:17 PM
Amber heard time tu konpiden sgt dpt sambar elon musk tu yg beriye nk cerai, ujung2 kene tinggal jug ...
mieymiey replied at 13-3-2019 02:32 AM
Kan? Dah ko dera orang, ko pula yang kengkonon jadi mangsa.
nanny_1 replied at 13-3-2019 03:40 AM
dalam amber heard punya google tulis dengan elon musk 2016-2018 kot.
tapi dalam elon musk tak ...
Iris. replied at 13-3-2019 12:10 PM
elon musk sujud syukur uols
nanny_1 replied at 13-3-2019 04:44 AM
kena dump dengan elon musk.
amber heard ni lawa ingat 20an rupanya 30an dah
gerbera.memopad replied at 13-3-2019 03:07 PM
Abam Johnny bukannya a nice guy pon. Kalau idok, takkan dia tinggalkan acik Vanessa dulu. Lepas tu m ...
ADVERTISEMENT