CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Haram Pasang Gambar Watak Disney Di Tadika

2-10-2018 12:29 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4559| Komen: 21

Mulai tahun depan, pemasangan gambar watak Disney seperti Mickey Mouse menjadi larangan di semua tadika di wilayah utara Kaherah.

Cadangan itu dinyatakan oleh Gabenor Qalyubia, Alaa Abdul-Halim Mohammed Marzouk.


Menurut Alaa Abdul-Halim, gambar kartun Mickey Mouse dan kawan-kawannya di dinding pra-sekolah mesti digantikan dengan ‘wira tentera’ negara itu.

“Kita perlu menggantikan gambar Mickey Mouse dan Donald Duck dengan gambar-gambar tokoh Mesir yang terkenal dan syahid, supaya anak-anak akan menjadikan mereka sebagai idola.

“Watak-watak ini adalah buatan AS, sedangkan kita mempunyai tokoh mulia yang dapat menaikkan semangat patriotisme kanak-kanak dan cintakan negara,” katanya.

Kredit foto: carian internet


BBC yang memetik laporan portal berita Youm7 menyatakan perubahan itu bertujuan menerapkan semangat patriotik dalam kalangan generasi kini, sekaligus meningkatkan pembangunan Mesir pada masa akan datang.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan memaklumkan, satu jawatankuasa akan meneliti cadangan yang diusulkan oleh Alaa Abdul Halim, sama ada akan dikuatkuasakan di seluruh wilayah atau sebaliknya.

Sebelum ini, Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi pernah menyatakan cadangan Gabenor Qalyubia itu bertujuan untuk meningkatkan profil ketenteraan dalam pelbagai sektor terutamanya pendidikan.

Namun, keputusan Gubernur Marzouk menerima kecaman media sosial dengan menyifatkan ada lagi tindakan lain yang perlu diberi perhatian, selain pengharaman gambar Disney.

Antaranya, mereka mahu pihak berkuasa memberi tumpuan kepada kelas yang terlalu ramai dengan pelajar dan memperbaiki kaedah pengajaran yang kuno.- CARI
12

Bagus
10

Marah
18

Terkejut
12

Sedih
21

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (91 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chicozinn 2-10-2018 12:43 PM
aku tengok gambar lukisan mickey mouse blakang budak tu pn aku rasa Disney malu nk claim tu produk deyyollss..lain na rupanya..hehe
Quote cik_sssara 2-10-2018 12:54 PM
Wahh, wartawan Cari ni...dalam artikel guna 'larangan', tapi headline guna 'haram'.  
Haram tu dalam Islam kan hukum, takut orang salah faham. Lagipun tu kan negara Islam.
Quote JohnnySins 2-10-2018 12:55 PM
ingatkan sebab copyright...wakakakakakakakak
Quote mzzenma 2-10-2018 01:14 PM
Lohh ingatkan sebab copyright..sebab dah ada kes disney suruh tadika remove all characters disney dekat tempat tu

Alaaa it’s tadika kut..takkan nak letak pasal tentera or tokoh2 tua2 semua..gantikan dengan local cartoon characters ke pun ok..or tema flora fauna etc. ni bukan army boot camp
Quote ninja boy 2-10-2018 01:16 PM
Dasar Taliban
Quote taikor 2-10-2018 01:24 PM
Lepas ni ban komputer, mukabuku, google, iphone... naik unta jangan naik kereta, ban guna flush dalam tandas tutup pakai batu
Quote tobby 2-10-2018 01:25 PM
bubuh jer muka atok.  mesti ramai mahaci memuji muja
Quote fushimi 2-10-2018 01:27 PM
tobby replied at 2-10-2018 01:25 PM
bubuh jer muka atok.  mesti ramai mahaci memuji muja

hahahaahah
Quote tumpanglalu74 2-10-2018 01:36 PM
chicozinn replied at 2-10-2018 12:43 PM
aku tengok gambar lukisan mickey mouse blakang budak tu pn aku rasa Disney malu nk claim tu produk d ...

Kau buat..
Quote mieymiey 2-10-2018 01:55 PM
chicozinn replied at 2-10-2018 12:43 PM
aku tengok gambar lukisan mickey mouse blakang budak tu pn aku rasa Disney malu nk claim tu produk d ...

Haus sangat muka si Mickey tu jadinya
Quote chicozinn 2-10-2018 02:23 PM

xnak aku buat..kang bukan jadi mickey mouse tapi jadi miki masam lak..
Quote chicozinn 2-10-2018 02:24 PM
mieymiey replied at 2-10-2018 01:55 PM
Haus sangat muka si Mickey tu jadinya

tau xpe..kalu xcakap tu mickey mouse mgkin org pun keliru ni kartun disney ke x..hehe
Quote dodolgemok 2-10-2018 02:47 PM
Dodol syiak lepasni serombi dan ganu darul rotan pasti akan mengekori tindakan terkutuk ini. Tahinah!
Quote giyomi 2-10-2018 05:53 PM
mzzenma replied at 2-10-2018 01:14 PM
Lohh ingatkan sebab copyright..sebab dah ada kes disney suruh tadika remove all characters disney de ...

i vote u girl for this...dr fikir mende remeh bek fikir cara mantapkan ekonomi tuk kesejahteraan rakyat...tiber jadi yb lak
Quote giyomi 2-10-2018 05:54 PM
dodolgemok replied at 2-10-2018 02:47 PM
Dodol syiak lepasni serombi dan ganu darul rotan pasti akan mengekori tindakan terkutuk ini. Tahinah ...

yes...dlm perancangan, tk lama lgi ada lar copycat kt sini
Quote cupacapi80 2-10-2018 09:49 PM
elok la..udah2la menipu anak2..igt disneyland ke hapa..klu lukis elok xpe ni kadang senget jd makhluk lain da..
Quote Decaffeinated 2-10-2018 10:16 PM
cik_sssara replied at 2-10-2018 12:54 PM
Wahh, wartawan Cari ni...dalam artikel guna 'larangan', tapi headline guna 'haram'.  
Haram tu dala ...

kat sekolah biasa guna perkataan haram, wajib ni....

contoh wajib pakai kasut. haram guna phone... etc.


Quote batu kikir 2-10-2018 10:47 PM
I just get FED-UP dengan  penunggang agama ni.
Sikit2 hukum....sikit2 hukum.
They are really joy-killers.
Stupid

P/S Whassup aku pagi2 penuh dengan wannabe ostad. Jemu sejemu-jemunya. I ignore and delete
Quote Hottime 2-10-2018 11:04 PM

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:10 PM GMT+8 , Processed in 0.072886 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top