CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Paskal Satu-Satunya Filem Paparkan Pekerjaan Sebenar, Tak Macam Drama Dan Filem Lain

2-10-2018 11:03 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 8756| Komen: 40|Original author: Oleh: Azza



Di sebalik kontroversi mengenai filem ini bermula ketika pembikinannya hinggalah tayangan, ramai netizen meramalkan filem Paskal ini bakal 'jatuh' di pawagam. Maklumlah dengan barisan pelakon yang didakwa sendu, cerita 'diculik' lanun dan promosi yang kurang membuatkan ia tidak menyerlah berbanding filem-filem sebelumnya.


Namun, telahan tersebut tidak berasas sama sekali kerana Paskal berjaya mencatat kutipan RM7.5 juta hanya dalam empat hari tayangan sahaja. Hal ini membuktikan genre aksi tetap menjadi pilihan penonton biarpun terpalit dengan kontroversi pelakon tersebut.

Paskal iaitu singkatan pada Pasukan Khas Laut mendapat pujian netizen kerana menjadi satu-satunya filem atau produk tempatan yang memaparkan keseluruhan pekerjaan sebagai penggerak utama. Bukannya seperti hasil karya lain yang hanya menjadikan pekerjaan sebagai latar belakang tetapi melebihkan cinta dalam cerita.


Kredit foto: Twitter


Kredit foto: Carian Internet

Ternyata ia mendapat sokongan daripada penonton karya tempatan yang menyatakan pekerjaan hanyalah penyendal untuk adengan cinta dan sebagainya. Lebih dasyat ialah banyak adegan yang tidak logik menjadikan drama tersebut memualkan. Antara adegan yang tidak logik ialah wanita bersolek tebal walaupun bekerja sebagai pencuci bangunan, jurutera masuk ke tapak pembinaan dengan memakai kasut tumit tinggi bukannya 'safety boot', arkitek yang bercakap projek bernilai juta-juta dan sebagainya.

Banyak lopong di dalam drama atau filem tempatan yang sekadar menjadikan pekerjaan sebagai karektor tempelan tanpa menghalusi bagaimana pekerjaan tersebut di dalam realiti. Oleh sebab itu, terjadilah adegan watak juruterbang yang pulang pada jam 5 petang, misalnya.


Kredit foto: IG

"Jadi CEO, tapi kerja asyik cancel appointment ja."
Tiada salahnya dengan cerita cinta, tetapi bagi penonton biarlah cerita tersebut berlandaskan pekerjaan logik. Ini kerana kebanyakkan produk tempatan jarang memaparkan kesusahan setiap pekerjaan tersebut, seperti mana yang dipaparkan dalam Paskal hingga menyentap jantung penonton.

"Best giler. Kan lagi best kalau boleh buka lagi banyak rahsia TLDM. Now I baru percaya Malaysia ada kapal selam."

Impak yang diterima penonton ternyata membuka lebih ramai untuk menonton filem aksi ini. Bagaimanapun ramai juga yang berbelah bahagi untuk menonton filem ini disebabkan gaya hidup antara pelakon filem ini.


Kredit foto: IG

Antara yang diperkatakan ialah impak patriotik di dalam filem ini membuatkan penonton bersemangat untuk menyayangi negara sendiri. Jadi, bagi anda yang belum menonton mungkin boleh mempertimbangkannya kembali. - CARI 
17

Bagus
16

Marah
13

Terkejut
17

Sedih
13

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (88 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote men_cari 2-10-2018 11:25 AM
  1. terjadilah adegan watak juruterbang yang pulang pada jam 5 petang, misalnya.
Copy the Code


ok ni pn lawak gakk.....haku pn penin2 gak laa kenkadng tp drama kan chilll je laaa hahahaha hahahahhhahha hahahhaha
Quote nuralisa 2-10-2018 11:28 AM
tapi bila tgk balik cite prebet lapok lakonan badul dulu pun aku rasa macam susah nak buat cite2 askar nie..
banyak kena study dan ATM kena bnyak masuk campur  ..
Quote paz 2-10-2018 11:35 AM
Oklah Paz nak kena cari time tengok citer ni.

Quote abangadek 2-10-2018 11:47 AM
dh kenapa perlu relate paskal dgn real life HZ HA dorang tu okay2  je.. biasalah couple muda perangai gitu
Quote espri6006 2-10-2018 11:54 AM
Cerita tahun 80an...Prebet Lapuk, Da Di Du..Darah Satria...zaman dulu buat filem , orang akan tengok filem tu kerana itulah satu2nya sumber yang ada. Tapi zaman sekarang kalau buat filem orang akan tengok preview atau ulasan orang ..kalau best ,,mungkin pergi kalau tak..mmg tak tengok lah.
Quote cairel_azlie 2-10-2018 11:55 AM
Kalau bukan melayu yg buat ceta melayu pasti ok dan tak stereotype....haha
Quote kucingitam 2-10-2018 12:02 PM
espri6006 replied at 2-10-2018 11:54 AM
Cerita tahun 80an...Prebet Lapuk, Da Di Du..Darah Satria...zaman dulu buat filem , orang akan tengok ...

aku suka cerita askar2 zaman dulu2 tu..tapi paskal ni, aku mcm krik2 je..tah kenapa...tak berminat..

Quote MadameOnion 2-10-2018 12:02 PM
takkan tengok sbb menyampah dgn hero dia..i tunggu keluaq astro citra je nanti
Quote mesmerize 2-10-2018 12:05 PM
dalam Paskal ada scene tembakan membabi buta tak macam dalam cerita bukit kepong
buat cepat perabis peluru je..
ai tak tengok lagi.. rasa macam nak tengok weekend ni
Quote espri6006 2-10-2018 12:08 PM
kucingitam replied at 2-10-2018 12:02 PM
aku suka cerita askar2 zaman dulu2 tu..tapi paskal ni, aku mcm krik2 je..tah kenapa...tak berminat ...

ha ha..pasal Hairul Azreen kot..kalau tak pasal Amar the bogel..kalau tak pasal Gambit in the house..

Quote pysharil 2-10-2018 12:09 PM
Tgk trailer cam best
Lain sentuhan nye bila bkn mlayu yg bt cite{:run
Quote barfi 2-10-2018 12:12 PM
Kat thread lagi satu haters HA nampaknya dah menggelupur panas pungkok sakit hati kenapa la filem lakonan HA ni boleh hits. Siap cakap kalau takde HA mesti lagi hits.

Ini la kata2 yg diulang pakai utk haters Fasha/Nora/Lopa dan terkini HA

Aku bukan macai hairul ya..
Aku biasa2 je. Tak minat tak benci gtu.. walaupun menyampah gak kadang2 tapi bagai kan angin lalu jah la
Quote Leeanne88 2-10-2018 12:17 PM
men_cari replied at 2-10-2018 11:25 AM
ok ni pn lawak gakk.....haku pn penin2 gak laa kenkadng tp drama kan chilll je laaa hahahaha hah ...

Netizen pun. Macam la semua pilot kena stay 2 3 hari. Cara cakap tu macam tau je schedule pilot macam mana
Quote anastasia7 2-10-2018 12:25 PM
Teringin sgt nk tgk tp apakan daya ada bdk2 bwh umur. Tk sesuai gtu. Teringat cerita kanang anak langkau. Tiba2 je dh hbs tayangan. Padahal susah sgt nk cari pelakon jd kanang. Last2 amek anak sendiri
Quote 150997 2-10-2018 12:41 PM

Crita ni 60-70%  jer dr realiti.. banyak lg uolss x tau.. mental prob pun adoo

pepun salute Pengarah Filem dan pelakon2 sado abam2 masam
Quote Leeanne88 2-10-2018 12:48 PM
Benci la apsal komen tadi tak keluar

Netizen pun takyah poyo sangat. Sebelum ni banyak je filem pasal askar. Bravo 5 ada, malay regiment ada, cite pasal kanang anak langkau ada (lupa tajuk). Korang tengok tak? Drama rtm pun ada, tajuk beret hijau. Cite pasal journey nak jadi komando. Tapi rtm kannnnn. Mana ada orang nak tengok
Quote F685 2-10-2018 12:53 PM
Leeanne88 replied at 2-10-2018 12:48 PM
Benci la apsal komen tadi tak keluar

Netizen pun takyah poyo sangat. Sebelum ni banyak je  ...

Kannnn .. over sgt "satu-satunya"
Quote talapia 2-10-2018 01:03 PM
cerita ni sangat bagus bawak anak2 lelaki gi tengok... tanam semangat rasa tanggungjawab sket kat negara... bukan sibuk nak ber keke challenge nak raver bagai.

aku belum berkesempatan nak tengok... dah dah berkali2 ulang tayang BTS.. tayangan perdana... memang geram nak tengok. hmm..
Quote Veneer 2-10-2018 01:05 PM
Prmpuan nak tgok drama orang kaya dan sweet sweet jee sbb irl diorang thirsty dan miskin. Sapa peduli kisah kerja sebenar? Hari hari mengadap kerja 9-5. Drama tu bodoh dan tak logik mcm mana pun ada je prmpuan tgok. Dah tu je cara diorng nak lepaskan dirii dari realiti diorng yg menyedihkan.

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 09:39 PM GMT+8 , Processed in 0.061159 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top