Selebriti Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Lofa sentiasa mendapat perhatian daripada ramai, baik dari kehidupan peribadi mahupun kerjayanya. Apa sahaja yang dilakukan olehnya pasti akan mendapat pelbagai reaksi baik mahupun buruk.
Walaupun seringkali mendapat kecaman dan kutukan, perkara tersebut langsung tidak meninggalkan kudis di hati gadis berusia 29 tahun ini. Malah si cantik ini semakin banyak melakar kejayaan yang boleh dibanggakan. Terbaru, Lofa sekali lagi menjadi bualan netizen, apabila fesyen tudungnya disamakan dengan beg. Alahai! Gambar yang asalnya untuk mempromosikan beg tangan keluaran pelakon, pengacara dan usahawan itu akhirnya menjadi tular apabila bahagian turban yang dipakai oleh Lofa diubah oleh individu yang tidak dikenali sehingga menjadi seakan-akan sebuah beg tangan yang disarung di kepala.
"Orang datang rumah tapi tak sempat cari tudung, sambar je beg depan mata be like," tulis seorang individu yang dikenali sebagai Fahmi di akaun Twitter miliknya. Bagaimanapun, Fahmi dipercayai tidak perasan yang gambar tersebut telah diubah suai. Tweet tersebut berjaya mendapat perhatian pengguna Twitter yang lain, yang turut berkongsi beberapa gambar 'troll' yang mengejek fesyen turban yang dikenakan oleh Lofa. Jom kita lihat beberapa foto yang dikongsi oleh mereka. Ada-ada sahaja kan netizen ni. Gigih pula nak mengubah suai gambar tersebut. Diharap Neelofa tidak berkecil hati dengan usikan nakal netizen. Bersabar lah ya, Lofa! -CARI
|
11
Bagus |
12
Marah |
25
Terkejut |
9
Sedih |
18
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cicicumel replied at 26-9-2018 04:28 PM
Berani tak Meletop buat parody
chicozinn: meletop xkan brani wat parody turbag si jahzouk ni..da kata jahzouk kn org besar asterok..LOL
cicicumel replied at 26-9-2018 04:28 PM
Berani tak Meletop buat parody
ADVERTISEMENT