Proses kelahiran secara normal tanpa sebarang koyakan adalah suatu yang tidak mustahil berlaku sekiranya beberapa langkah atau persediaan dilakukan sebelum bersalin. Antara tip untuk mengelakkan koyakan perineum adalah seperti berikut, 1) Urutan perineum apabila kandungan sudah mencapai 32 minggu ke atas - Pastikan kuku anda bersih dan siap dipotong sebelum melakukan urutan perineum - Gunakan minyak yang bersesuaian seperti minyak kelapa dara, ataupun minyak zaitun
- Basahkan jari dengan minyak tersebut dan buat urutan berbentuk "U" dengan menekan sedikit dinding vagina sehingga anda dapat merasakan sedikit sensasi. - Lakukan urutan selama beberapa minit dengan hati-hati untuk elakkan sebarang kecederaan. 2) Minum minyak kelapa dara/minyak zaitun - Amalkan meminum minyak kelapa dara bagi memudahkan proses bersalin terutamanya apabila kandungan memasuki trimester akhir. 3) Kerap bersama suami - Seelok-eloknya kerap bersama suami tatkala kandungan sudah memasuki trimester akhir supaya dinding vagina lebih fleksibel dan elastik 4) Teknik pernafasan yang betul - Pastikan anda pelajari teknik pernafasan yang betul supaya proses bersalin menjadi lebih mudah. Dengan mengamalkan teknik pernafasan yang betul, ia membantu mengurangkan risiko koyakan perineum sewaktu bersalin. Tarik nafas dalam kiraan 4, lepaskan dalam kiraan 8. Hembusan nafas lebih panjang daripada tarikan nafas adalah lebih baik. Kekalkan ritma pernafasan ini. 5) Posisi bersalin - Rapatkan dagu ke bahagian dada, mata fokus memandang perut, tangan pegang pergelangan kaki dan mula teran apabila disuruh oleh doktor/jururawat. - Elakkan mengangkat punggung ketika meneran. 6) Selitkan menu seperti petola dan bendi dalam diet harian. - Sayur yang berlendir dapat membantu dalam proses bersalin. Semoga tip yang dikongsikan ini sedikit sebanyak membantu proses kelahiran anda tanpa sebarang koyakan dan jahitan! Selamat mencuba! - CARI |
21
Bagus |
12
Marah |
30
Terkejut |
23
Sedih |
24
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
spankee_fili: Gynae ai cakap jangan bersama suami kat trimester 3 sebab nanti terberanak awal..
spankee_fili: Gynae ai cakap jangan bersama suami kat trimester 3 sebab nanti terberanak awal..
ADVERTISEMENT