Persaingan dalam sesuatu perniagaan adalah perkara biasa. Ada peniaga yang bersaing secara sihat dan ada juga yang sebaliknya bagi mendapat keuntungan dan mengembangkan lagi perniagaan mereka. Bagaimana pun, peniaga yang berjaya akan sentiasa berfikiran positif, inovatif dan kreatif bagi menarik perhatian para pelanggannya. Seorang pengguna facebook telah memuat naik status tentang papan tanda yang sengaja digantung secara terbalik di kedai miliknya. Dia ingin memberitahu orang ramai yang melihat papan tanda di kedainya itu agar tidak berasa pelik kerana ia merupakan satu teknik pemasaran yang akan membuatkan kedainya mudah dikenali dan diketahui ramai. Lucunya, pekerja yang memasang papan tanda itu juga berkali-kali bertanyakan adakah betul pemilik kedai ini ingin memasang papan tanda itu secara terbalik?
Pelik tetapi menarik Ramai netizen yang tertarik dengan idea pemilik kedai ini walaupun ia sememangnya pelik dan tidak dibuat orang. Yang tergelak pun ada kerana terasa amat lucu. Tetapi sudah pasti perkara yang lain daripada yang lain akan menjadi perhatian dan bualan netizen. Walaupun ia nampak menarik tetapi netizen berasakan ia akan menyukarkan orang ramai untuk membaca tulisan pada papan tanda itu kerana dipasang terbalik. Orang ramai terpaksa menelengkan kepala untuk membacanya. Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada pemilik kedai signboard terbalik ini kerana berjaya membesarkan lagi perniagaannya dan begitu kreatif dalam pemasaran perniagaannya. Hendak memulakan perniagaan bukanlah mudah apatah lagi untuk mempertahankan dan membesarkan perniagaan. Jadi, setiap peniaga perlulah bersaing secara sihat dan menggunakan kreativiti tersendiri untuk menarik ramai pelanggan. Setuju tak? - CARI |
17
Bagus |
21
Marah |
27
Terkejut |
23
Sedih |
22
Lawak |
31
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
dekmieDandy replied at 24-9-2018 02:14 PM
dekat highway haritu pon ada
jual ubat kurus, tapi model gumuk
otai_g: giant, tesco, aeon x guna pendekatan mcm ni pun elok je maju.nak maju bukan harap nama semata2, tp servis yg berkualiti.kalo servis dan barang baik, d ...
ADVERTISEMENT