CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Autisme: Adakah Genetik Salah Satu Penyebabnya?

25-9-2018 05:37 PM| Diterbitkan: awanearisu| Dilihat: 6518| Komen: 29|Original author: Oleh: CSuy

Sumber Foto: Pixabay

Genetik dan faktor persekitaran dikatakan berkait rapat dengan kondisi AutismeDalam percubaan untuk memahami Autisme, tumpuan beberapa saintis kini semakin terarah kepada kajian genetik. 

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, "Genetik merupakan kajian mengenai keturunan atau baka, dan cara individu mewarisi sesuatu ciri atau sifat, serta memindahkan ciri tersebut dari satu generasi ke generasi lain melalui gen (gene)". Gen merupakan unit terkecil di dalam kromosom.

Sumber Foto: U.S. National Library of Medicine

Manusia memiliki 23 pasangan kromosom dalam setiap sel. Sehingga kini, para saintis berjaya mengaitkan ciri-ciri kondisi Autisme yang tertentu dengan beberapa mutasi gen yang berlaku pada sebahagian kromosom, seperti kromosom 7, 16 dan 22. Kajian berterusan masih dijalankan kerana berdasarkan laporan oleh The Havard Gazette, keadaan kromosom yang abnormal hanya dapat dikaitkan dengan bilangan peratusan kes Autisme yang amat kecil, iaitu sekadar 1 hingga 2 peratus dari 1.5 juta kes Autisme yang dilaporkan di Amerika Syarikat.

Memetik artikel dari NewScientist pula, kajian terbaru menunjukkan para saintis berjaya menemui 100 gen yang boleh dikaitkan dengan Autisme. Kebarangkalian untuk seorang anak mewarisi Autisme melalui gen-gen ini dianggarkan berada di antara 60 hingga 90 peratus. Penyelidikan ini masih di peringkat awal. Ini kerana para saintis menganggarkan bahawa sebenarnya, terdapat 400 hingga 1000 gen yang boleh dikaitkan dengan Autisme. 

Sumber Foto: Kintalk UCSF

Pengarah Pusat Penyelidikan Autisme Universiti Cambridge, Simon Baron-Cohen menegaskan bahawa kajian genetik penting untuk memahami bagaimana gen-gen ini mempengaruhi kondisi Autisme seseorang. Beliau menafikan bahawa maklumat sebegini akan digunakan untuk menghapuskan kondisi Autisme. Sebaliknya, ia berguna untuk membantu golongan yang berisiko supaya mendapatkan pengesanan Autisme dan bantuan lebih awal.

Beliau merujuk kepada kemungkinan berlakunya situasi di mana maklumat mengenai gen-gen berisiko ini disalahgunakan untuk mengesan kandungan yang berpotensi untuk mendapat Autisme sewaktu di peringkat kehamilan, dan seterusnya membawa kepada pengguguran bayi tersebut.

"Terdapat juga kebimbangan di mana kajian genetik sebegini akan melahirkan pendekatan kejuruteraan genetik untuk 'menormalkan' individu yang autistik. Sekali lagi, saya menzahirkan rasa terkejut, kerana aplikasi sains sebegini tidak menghormati hakikat bahawa individu autistik adalah berbeza secara neurologi, dan ini sepatutnya diterima sebagai salah satu kepelbagaian manusia sama seperti rambut, warna kulit dan mata, dominasi tangan dan orientasi seksual", ujar beliau.

"Buat masa ini, para saintis menjalinkan kerjasama dengan sebuah syarikat pengguna yang menjalankan pengujian DNA, 23andMe dengan meminta 80,000 pelanggan yang pernah menghantar sampel untuk menjalani ujian secara atas talian", ujar beliau lagi. 

Sumber Foto: Blog OnBiology

Disebabkan itu, beliau berharap agar kerjasama bersama komuniti Autisme dapat diteruskan. Jika penyelidikan yang dijalankan tidak berjaya meyakinkan komuniti Autisme, ia akan mempengaruhi kelancaran penyelidikan. - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 25-9-2018 05:46 PM
Isu yang bagus tapi content tidak menjawab tajuk persoalan sepenuhnya.
Quote Minami2013 25-9-2018 07:17 PM
Good info. Maybe boleh share lagi faktor2 yg menyebabkan autism selain drpd genetic. Sbb faktor genetik mmg tak boleh nk elak.
Quote Minami2013 25-9-2018 07:19 PM
Sang_Pencinta replied at 25-9-2018 09:46 AM
Isu yang bagus tapi content tidak menjawab tajuk persoalan sepenuhnya.

Adakah masih dalam proses data collection sbb kata nye perlu kerjasama komuniti autism.
Quote sayahantu 25-9-2018 08:58 PM
tq for the info
Quote Laylamajnun123 25-9-2018 09:17 PM
Sungguh informative
Quote supikan 25-9-2018 10:00 PM
Thanks for the info...
Quote 234126 25-9-2018 11:28 PM
Edited by 234126 at 25-9-2018 11:31 PM

or mungkin boleh wajibkan test autism detection ni masa semua baby baru lahir sampai ke umur 7 tahun yg mcm now buat utk injections and immunization. Maybe boleh rangka specific test yg blh pakai worldwide.mcm eye contact test, speech test, sensory test. Make all these wajib dlm check list dlm check up routine book.

Bcse slight sign is already a sign better to know how to deal with it earlier than later bila dah severe. Kesian kat the kids.
Quote paz 26-9-2018 09:03 AM
Menarik sangat article ni. Nak kena gali and baca.
Quote chinta89 26-9-2018 12:20 PM
nak tanya ade kemungkinan sb guna produk2 kecantikan ke? cth yg timbang kilo tu/means org yg takde keturunan ade autisme tetiba ade autisme (mungkin pembawa tanpa sedar if ade kaitan ngn genetik).

Quote buragazz 26-9-2018 02:08 PM
Ada tak punca2 Autism dari makanan dan minumam.. ?
Sebab aku ada kawan perempuan dia ni dari kecik memang hantu Coke sampai lah dia kawin dan mengandung pun dia bedal semacam jer.. klu gi rumah dia memang ada je standby dlam peti.. balik kg pun dia boleh bawak sekali maksudnya dia akan beli stock

Anak pertama dia lahir normal tgh study kat UITM anak kedua dia Autism anak ketiga normal baru nak masuk SPM anak ke empat Ada tanda2 Autism..

La ni dia dah kurang minum coke jarang2 nampak klu aku gi umah dia..
Quote nuralisa 26-9-2018 02:55 PM
buragazz replied at 26-9-2018 02:08 PM
Ada tak punca2 Autism dari makanan dan minumam.. ?
Sebab aku ada kawan perempuan dia ni dari kecik  ...

tak kena diabetic ke?
Quote juruterra 26-9-2018 03:16 PM
buragazz replied at 26-9-2018 02:08 PM
Ada tak punca2 Autism dari makanan dan minumam.. ?
Sebab aku ada kawan perempuan dia ni dari kecik  ...

rasa mcm xde kena mengena dgn coke
Quote buragazz 27-9-2018 07:54 AM

Takde pulak sebab maybe umur dia middle 30 dah stop lepas anak last lahir dan dia pulak jenis berduit klu tgk suppliment yang dia makan beriban jugak sebulan..
Quote buragazz 27-9-2018 07:55 AM
juruterra replied at 26-9-2018 03:16 PM
rasa mcm xde kena mengena dgn coke

Harapnya tak lah ek...
Quote buragazz 27-9-2018 08:01 AM
juruterra replied at 26-9-2018 03:16 PM
rasa mcm xde kena mengena dgn coke

Harapnya tak lah ek... tapi yang pelik nya dia takde keturunan Autism cuma belah bapak dia ada sorang syndrome down
Quote tri-max 27-9-2018 10:30 AM
i ada anak buah with autisme - but very mild
ikut gen mungkin ada sbb side ipar I, one of her sister mental down - erti kata gila isim
tapi medical journal blom proven so might be pemakanan ibu mengandung atau darah..
ntahla... misteri
Quote Artemesiaa 27-9-2018 11:38 AM
Tak boleh dinafikan ia salah satu factor puncanya selain factor2 lain.  Sebab tu masa memilih pasangan ada diingatkan bab factor keturunan ni.  Sayang ramai yang beranggapan ianya mengenai kaya atau tidak keturunan dan lupa terfikir sebab2 sebegini.
Quote gadis_tulip 27-9-2018 12:06 PM
Ye la, dalam islam pun ada kata kalo nak pilih pasangan hidup, kena pilih dari keturunan yang baik2.

Wallahualam.
Quote salmon-suki 27-9-2018 11:37 PM
Kawin and preggy lambat bley jd antara punca anak autistic tak ek?sbb parents y kt tmpt sy ni y ada anak autistic tu,dorg kawin lmbt...tp sy bley ckp laa,parents y dpt anak autistic ni sgt2 penyabar orgnya...smpaikn y b4 this anak dorg jenis xreti ckp,xley duk diam,at one point manage to communicate few words..
Ada y sorg ni,bercakap sgt matured,xnmpk mcm autistic lgsg...cme bit clingy kt bapak die jelaa..

I really wonder why..down syndrome children also..kenapa dorg jd gitu ye,selain drpd genetik?

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:19 AM GMT+8 , Processed in 0.085062 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top