Seorang wanita berusia 19 tahun dirogol ketika dalam keadaan mabuk. Yang menimbulkan kemarahan netizen, apabila seluruh proses kejadian rogol itu telah dirakam dan dimuat naik dalam media sosial.
Polis yang mengesahkan kejadian itu berlaku di bandar Toulouse yang terletak di selatan Perancis dan memaklumkan suspek sedang dijejaki setelah terima laporan daripada orang ramai. Memetik laporan portal guancha.cn, paparan visual jelas memperlihatkan ketika kejadian mangsa sebenarnya dalam keadaan mabuk dan kedengaran tangisannya. Video berkenaan tersebar luas di Snapchat dan Twitter, pihak polis segera memadamkan video itu setelah dilaporkan oleh pengguna media sosial terbabit. Menurut jurucakap polis, identiti mangsa wanita terbabit telah dikenal pasti dan kini siasatan sedang dijalankan. "Biarpun masih tidak pasti samada mangsa akan membuat laporan polis berhubung kes ini, namun siasatan tetap akan dijalankan. " Difahamkan operasi menjejaki empat suspek yang berusia dalam lingkungan 25 hingga 30 tahun itu sedang giat dijalankan oleh pihak berkuasa.- CARI
|
22
Bagus |
32
Marah |
36
Terkejut |
21
Sedih |
12
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT