CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Enggan Bayar Hutang PTPTN, Tun Mahathir Bidas Peminjam Tidak Rasa Malu

20-9-2018 04:43 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6706| Komen: 75


Kredit foto: carian internet


Ramai di kalangan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak amanah menyebabkan jumlah hutang tabung itu meningkat kepada RM36 bilion.

Demikian ulasan Tun Mahathir Mohamad berhubung masalah jumlah hutang PTPTN yang semakin meningkat sejak ianya dilaksanakan pada tahun 1997. 

Kredit foto: carian internet

Berita Harian melaporkan, Perdana Menteri berkata sikap yang tidak amanah itu menyebabkan orang lain sukar mendapatkan pinjaman untuk membiayai pelajaran mereka ke peringkat lebih tinggi.


Beliau berkata demikian ketika menyampaikan syarahan perdana sempena Hari Jepun 2018 Malaysia-Japan International Institute if Technology (MJIIT) dan pelancaran pembukaan Residensi Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL) siang tadi.

Tegasnya, mereka yang meminjam itu bukannya tidak mampu membayar tetapi sengaja enggan membayar balik pinjaman.

"RM36 bilion hutang tidak dibayar balik kepada PTPTN ini...saya malu tetapi mereka (peminjam) tidak."

"Ini adalah sikap yang biasa bagi sesetengah bangsa... bukannya mereka tidak mampu, dengan gaji RM2,000 boleh saja mereka membayar balik RM100 sebulan tetapi mereka tidak berbuat demikian." 

Terdahulu dalam syarahan itu, beliau mengingatkan tiga sistem nilai perlu ada dalam kalangan masyarakat jika mahu berjaya seperti Jepun.

Katanya, tiga nilai itu adalah rasa malu, rajin atau kerja keras dan beramanah.- CARI
40

Bagus
41

Marah
47

Terkejut
45

Sedih
44

Lawak
28

Bosan

Friends Rank (245 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pumpkingirl 20-9-2018 02:51 PM
Termasuk interest ke..
Nila jadinya bila pendidikan diniagakan..
Demi nak sumbat juga org yg result tak berapa bagus utk masuk ipt yg tumbuh bagai cendawan waktu tu..
last2 keluar ipt takde keje..tak mampu bayar.
Padahal patutnya dorong org yg tak berapa bagus ni terus masuk sektor pekerjaan..cari duit dpd buat hutang dgn kerajaan..
Quote Themilo 20-9-2018 02:54 PM
sapa yang berjanji PTPTN dihapuskan kalau menang pilhan raya?
Quote Otaku85 20-9-2018 03:00 PM
Duit rakyat utk bail out company anak2 dia masa krisis ekonomi tahun 97 dah bayar balik ke belum?
Quote cmf_shalom 20-9-2018 03:04 PM
Otaku85 replied at 20-9-2018 03:00 PM
Duit rakyat utk bail out company anak2 dia masa krisis ekonomi tahun 97 dah bayar balik ke belum?



hahah..pedih.....

tu belum lagi terhutang budi kat Taib ..isu sama gak..



Quote zuuu 20-9-2018 03:09 PM
Bukan ko jugak yg cakap ke yg berpendapatan 4 k kebawah xperlu bayar????aq dhla baru dpt keja lpas almost 2 taun grad,2 pon keja biasa je gaji x smpai 1k pon,so ko sndri la yg ckap camne aq nk bayar ptptn jahanam ni?????
Quote cmf_shalom 20-9-2018 03:11 PM
pumpkingirl replied at 20-9-2018 02:51 PM
Termasuk interest ke..
Nila jadinya bila pendidikan diniagakan..
Demi nak sumbat juga org yg resul ...



Pada pandangan aku, hutang tetap hutang...

masuk universiti..pinjam duit bagai tu..pilihan memasing...tiada paksaan pun sesiapa nak study kat uni wajip buat pinjaman melalui PTPTN..

PTPN tu kira alat untuk membantu rakyat..tapi melalui pinjaman la.


Kebanyakan kes, sebab malas nak bayar utang tu memang dh amalan gaya idup kita ..x ada kesedaran...bukan semua yg x bayar utang tu sebab kes xde keja..gaji dh cecah beribu2 pun...malas nak bayar...if belum dapat keja tetap or baru grad..kita paham la..ni kes keta 2-3 biji pun..tapi dah dasar x amanah.
Quote AbukRokok 20-9-2018 04:10 PM
Themilo replied at 20-9-2018 02:54 PM
sapa yang berjanji PTPTN dihapuskan kalau menang pilhan raya?

jangan lupa ye...PAS pun ada saham suruh hapuskan ptptn
Quote kyleril 20-9-2018 04:13 PM
manifesto mana? tunaikan laa manifesto
Quote riyadhK 20-9-2018 04:18 PM
zuuu replied at 20-9-2018 03:09 PM
Bukan ko jugak yg cakap ke yg berpendapatan 4 k kebawah xperlu bayar????aq dhla baru dpt keja lpas a ...

Sebab tu atok kata dia malu. Dia kena U-turn janji sebelum pilihanraya haritu.
Quote namirulmukminin 20-9-2018 04:56 PM
AbukRokok replied at 20-9-2018 04:10 PM
jangan lupa ye...PAS pun ada saham suruh hapuskan ptptn

Tapi PAS bukan kerajaan Persekutuan... tak perlu tuntut la dari depa... Yg berjanji dan sekarang dah jadi kerjaan persekutuan tu apa citer?
Quote sonatalady 20-9-2018 05:22 PM
Pokok pangkalnya hutang..
X kira lah manifesto ke apa..
Sikap yg dh biasa berhutang tp x nak bayar...buat mcm mana pn x kan bayar juga.
Quote gummygummy 20-9-2018 05:29 PM
Hidup takkan tenang selagi ada hutang. siapa yang mampu tunaikan la bayaran hutang korang tu. siapa tak mampu lagi bayar la berapa mampu
Quote paz 20-9-2018 05:36 PM
Ler hutang kan, tak kira lah ada interest ke tak ke. Memang tahu kena bayar balik.

Sepatutnya masa awal-awal dulu kalau tahu interest tu membebankan dan tak adil jangan lah amik.

Bayar aja, tak banyak sikit. Janji hutang lunas.
Quote R2D2 20-9-2018 07:10 PM
Jangan malu, Khairy beritahu Dr M kecewa rakyat tak bayar PTPTN
September 20, 2018 5:37 PM


PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak perlu malu sekiranya rakyat Malaysia gagal membayar hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Ahli parlimen Rembau itu berkata peminjam sepatutnya tidak perlu membayar hutang PTPTN sehingga pendapatan mereka mencapai RM4,000 sebulan.

“Jangan malu tuan. Selain itu ramai orang yang disenarai hitam telah dibersihkan oleh kerajaan anda (Pakatan Harapan).

“Siapa yang keluarkan mereka dari senarai hitam? Siapa yang janji mereka hanya perlu bayar selepas gaji bulanan mencapai RM4,000 sebulan,” tulisnya di Twitter.

Khairy juga bertanyakan apa cadangan Dr Mahathir untuk meningkatkan pembayaran balik hutang PTPTN.

Dr Mahathir hari ini meluahkan perasaan malu apabila rakyat Malaysia gagal membayar hutang pengajian selepas mendapat bantuan daripada kerajaan.

Perdana menteri itu membuat teguran kepada peminjam PTPTN yang tidak bertanggungjawab dan tiada perasaan malu apabila tidak membayar hutang pengajian itu sehingga jumlahnya mencecah RM36 bilion.

PH dalam manifestonya berjanji untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman PTPTN kepada peminjam bergaji di bawah RM4,000 sebulan dan mengeluarkan nama peminjam daripada senarai hitam Jabatan Imigresen Malaysia.

Namun pada 31 Mei lalu, Menteri Pendidikan, Maszlee Malik berkata, pihak kementerian memerlukan sedikit masa lagi untuk mencari jalan terbaik termasuk mekanisme pelaksanaan bagi menunaikan janji berkenaan.

Terbaharu Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan menggalakkan semua peminjam yang sepatutnya membuat bayaran balik dan masih mempunyai baki hutang PTPTN supaya mengemas kini maklumat pendapatan peminjam dalam usaha melaksanakan janji itu.
Quote belilies 20-9-2018 07:15 PM
Yang tak abes2 merungut dari fb sampai ke forum cari pasal tokdet kata janji yg pdapatan 4k dkecualikan tu udah2 le. Beliau xmaksudkan golongan itu pun. Yang mampu tu siap beli kete mewah, rumah besar, iphone dan segala mak datuk barang mahal tapi tamau bayar ptptn. Cana hidup golongan ni biar je tunggakan ptptn tak berbayar? Siap ada discount lg nak bayar balik, yg result bagus lagilah free. Imma proud bebas hutang ptptn!
Quote jusmadu 20-9-2018 07:28 PM
Ai percaya for the next 5 years akan berlaku jumlah penurunan peminjam PTPTN ni berikutan ramai yang x masuk da universiti, terus berkecimpung dalam arena politik kekdahnye
Quote whitePoison 20-9-2018 11:00 PM
Tiada siapa paksa untuk buat pinjaman ptptn..Waktu sain kontrak bukan main laju happy..bila waktu nak membayar pakat senyap
(Bukan semua)..hutang tetap hutang..jangan buat main2 dengan hutang ni..
Quote miss_sepet 20-9-2018 11:25 PM
Dah pinjam tu bayar je lah... bayar skit2 pun takpe dari buat bodo... buat2 takde hutang pulak
Quote dinopower2 20-9-2018 11:30 PM
belilies replied at 20-9-2018 07:15 PM
Yang tak abes2 merungut dari fb sampai ke forum cari pasal tokdet kata janji yg pdapatan 4k dkecuali ...

apa plak.. sah2 die sebut rm2k gj... rm100 pun tak mau byr haha
takyah cite bab kete mewah la haha

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.052800 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top