View: 5653|Reply: 75
|
[Tempatan]
Peminjam tak AMANAH, hutang PTPTN cecah RM36 bilion
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ramai dalam kalangan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak amanah menyebabkan jumlah hutang tabung itu meningkat kepada RM36 bilion.
Perdana Menteri berkata, tindakan yang tidak amanah itu menyebabkan orang lain sukar mendapatkan pinjaman untuk membiayai pelajaran mereka ke peringkat lebih tinggi.
Katanya, mereka yang meminjam itu bukannya tidak mampu membayar tetapi sengaja enggan membayar balik pinjaman.
"RM36 bilion hutang tidak dibayar balik kepada PTPTN ini...saya malu tetapi mereka (peminjam) tidak.
"Ini adalah sikap yang biasa bagi sesetengah bangsa... bukannya mereka tidak mampu, dengan gaji RM2,000 boleh saja mereka membayar balik RM100 sebulan tetapi mereka tidak berbuat demikian," katanya ketika menyampaikan syarahan perdana sempena Hari Jepun 2018 Malaysia-Japan International Institute if Technology (MJIIT) dan pelancaran pembukaan Residensi Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL) di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Pendidikan, Maszlee Malik dan Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Wahid Omar.
Terdahulu dalam syarahan itu, beliau mengingatkan tiga sistem nilai perlu ada dalam kalangan masyarakat jika mahu berjaya seperti Jepun.
Katanya, tiga nilai itu adalah rasa malu, rajin atau kerja keras dan beramanah.
"Ada banyak lagi sistem nilai yang dimiliki masyarakat Jepun yang boleh diamalkan dan dijadikan budaya masyarakat.
"Tiga nilai yang utama itu penting jika ingin maju supaya dapat mengeluarkan penghasilan yang lebih berkualiti," katanya.
Sikap malu, katanya sama seperti konsep harakiri tetapi bukan bermaksud membunuh diri.
"Harakiri diterjemahkan sebagai malu apabila gagal melaksanakan tanggungjawab seseorang akan merasa mahu serta bertanggungjawab memperbetul atau meningkatkan lagi apa-apa penghasilan yang dibuat," katanya.
Beliau berkata, sikap rajin akan menjamin seseorang itu berjaya.
"Jika kita malas, tidak peduli sama ada kerja siap atau tidak, kita tidak berjaya. Kita kena rajin jika ingin berjaya lebih-lebih lagi kalau tahu diri itu tidak bijak," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Termasuk interest ke..
Nila jadinya bila pendidikan diniagakan..
Demi nak sumbat juga org yg result tak berapa bagus utk masuk ipt yg tumbuh bagai cendawan waktu tu..
last2 keluar ipt takde keje..tak mampu bayar.
Padahal patutnya dorong org yg tak berapa bagus ni terus masuk sektor pekerjaan..cari duit dpd buat hutang dgn kerajaan.. |
|
|
|
|
|
|
|
sapa yang berjanji PTPTN dihapuskan kalau menang pilhan raya? |
|
|
|
|
|
|
|
Duit rakyat utk bail out company anak2 dia masa krisis ekonomi tahun 97 dah bayar balik ke belum? |
|
|
|
|
|
|
|
hahah..pedih.....
tu belum lagi terhutang budi kat Taib ..isu sama gak..
|
|
|
|
|
|
|
|
Bukan ko jugak yg cakap ke yg berpendapatan 4 k kebawah xperlu bayar????aq dhla baru dpt keja lpas almost 2 taun grad,2 pon keja biasa je gaji x smpai 1k pon,so ko sndri la yg ckap camne aq nk bayar ptptn jahanam ni????? |
|
|
|
|
|
|
|
Pada pandangan aku, hutang tetap hutang...
masuk universiti..pinjam duit bagai tu..pilihan memasing...tiada paksaan pun sesiapa nak study kat uni wajip buat pinjaman melalui PTPTN..
PTPN tu kira alat untuk membantu rakyat..tapi melalui pinjaman la.
Kebanyakan kes, sebab malas nak bayar utang tu memang dh amalan gaya idup kita ..x ada kesedaran...bukan semua yg x bayar utang tu sebab kes xde keja..gaji dh cecah beribu2 pun...malas nak bayar...if belum dapat keja tetap or baru grad..kita paham la..ni kes keta 2-3 biji pun..tapi dah dasar x amanah.
|
|
|
|
|
|
|
|
jangan lupa ye...PAS pun ada saham suruh hapuskan ptptn
|
|
|
|
|
|
|
|
manifesto mana? tunaikan laa manifesto |
|
|
|
|
|
|
|
zuuu replied at 20-9-2018 03:09 PM
Bukan ko jugak yg cakap ke yg berpendapatan 4 k kebawah xperlu bayar????aq dhla baru dpt keja lpas a ...
Sebab tu atok kata dia malu. Dia kena U-turn janji sebelum pilihanraya haritu. |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi PAS bukan kerajaan Persekutuan... tak perlu tuntut la dari depa... Yg berjanji dan sekarang dah jadi kerjaan persekutuan tu apa citer?
|
|
|
|
|
|
|
|
Pokok pangkalnya hutang..
X kira lah manifesto ke apa..
Sikap yg dh biasa berhutang tp x nak bayar...buat mcm mana pn x kan bayar juga.
|
|
|
|
|
|
|
|
Hidup takkan tenang selagi ada hutang. siapa yang mampu tunaikan la bayaran hutang korang tu. siapa tak mampu lagi bayar la berapa mampu |
|
|
|
|
|
|
|
Ler hutang kan, tak kira lah ada interest ke tak ke. Memang tahu kena bayar balik.
Sepatutnya masa awal-awal dulu kalau tahu interest tu membebankan dan tak adil jangan lah amik.
Bayar aja, tak banyak sikit. Janji hutang lunas. |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan malu, Khairy beritahu Dr M kecewa rakyat tak bayar PTPTN
September 20, 2018 5:37 PM
PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak perlu malu sekiranya rakyat Malaysia gagal membayar hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Ahli parlimen Rembau itu berkata peminjam sepatutnya tidak perlu membayar hutang PTPTN sehingga pendapatan mereka mencapai RM4,000 sebulan.
“Jangan malu tuan. Selain itu ramai orang yang disenarai hitam telah dibersihkan oleh kerajaan anda (Pakatan Harapan).
“Siapa yang keluarkan mereka dari senarai hitam? Siapa yang janji mereka hanya perlu bayar selepas gaji bulanan mencapai RM4,000 sebulan,” tulisnya di Twitter.
Khairy juga bertanyakan apa cadangan Dr Mahathir untuk meningkatkan pembayaran balik hutang PTPTN.
Dr Mahathir hari ini meluahkan perasaan malu apabila rakyat Malaysia gagal membayar hutang pengajian selepas mendapat bantuan daripada kerajaan.
Perdana menteri itu membuat teguran kepada peminjam PTPTN yang tidak bertanggungjawab dan tiada perasaan malu apabila tidak membayar hutang pengajian itu sehingga jumlahnya mencecah RM36 bilion.
PH dalam manifestonya berjanji untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman PTPTN kepada peminjam bergaji di bawah RM4,000 sebulan dan mengeluarkan nama peminjam daripada senarai hitam Jabatan Imigresen Malaysia.
Namun pada 31 Mei lalu, Menteri Pendidikan, Maszlee Malik berkata, pihak kementerian memerlukan sedikit masa lagi untuk mencari jalan terbaik termasuk mekanisme pelaksanaan bagi menunaikan janji berkenaan.
Terbaharu Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan menggalakkan semua peminjam yang sepatutnya membuat bayaran balik dan masih mempunyai baki hutang PTPTN supaya mengemas kini maklumat pendapatan peminjam dalam usaha melaksanakan janji itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang tak abes2 merungut dari fb sampai ke forum cari pasal tokdet kata janji yg pdapatan 4k dkecualikan tu udah2 le. Beliau xmaksudkan golongan itu pun. Yang mampu tu siap beli kete mewah, rumah besar, iphone dan segala mak datuk barang mahal tapi tamau bayar ptptn. Cana hidup golongan ni biar je tunggakan ptptn tak berbayar? Siap ada discount lg nak bayar balik, yg result bagus lagilah free. Imma proud bebas hutang ptptn! |
|
|
|
|
|
|
|
Ai percaya for the next 5 years akan berlaku jumlah penurunan peminjam PTPTN ni berikutan ramai yang x masuk da universiti, terus berkecimpung dalam arena politik kekdahnye |
|
|
|
|
|
|
|
Tiada siapa paksa untuk buat pinjaman ptptn..Waktu sain kontrak bukan main laju happy..bila waktu nak membayar pakat senyap
(Bukan semua)..hutang tetap hutang..jangan buat main2 dengan hutang ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah pinjam tu bayar je lah... bayar skit2 pun takpe dari buat bodo... buat2 takde hutang pulak |
|
|
|
|
|
|
|
belilies replied at 20-9-2018 07:15 PM
Yang tak abes2 merungut dari fb sampai ke forum cari pasal tokdet kata janji yg pdapatan 4k dkecuali ...
apa plak.. sah2 die sebut rm2k gj... rm100 pun tak mau byr haha
takyah cite bab kete mewah la haha |
|
|
|
|
|
|
| |
|