Pelakon Sharifah Sakinah sangat dikenali dengan sikapnya yang 'gila-gila' dan tidak pernah gagal menghiburkan hati penonton. Lakonan Sakinah sebagai seorang gadis 'bimbo' dalam drama Girlfriend Aku Dari Neraka adalah antara lakonan yang paling meninggalkan kesan di hati para peminat.
Sikapnya yang bersahaja membuatkan dia diminati ramai sehinggakan apa sahaja dilakukan mendapat perhatian. Semalam, Sakinah telah memuat naik foto memakai dress nipis di dalam sebuah tandas dengan kapsyen yang meminta pengikutnya untuk meneka watak yang dibawakan olehnya. "Cuba teka watak apa yang saya bawak?" tulis Sharifah Sakinah. Seperti biasa, posting tersebut mendapat pelbagai reaksi yang rata-rata meninggalkan komen yang sedikit lucu. Pelbagai tekaan dibuat oleh para pengikutnya di akaun Instagram milik wanita berusia 29 tahun ini. Model berus jamban ke 'girlfriend' dari mangkuk jamban... Bagaimanapun, ada juga yang mengutuk dan menegur Sakinah kerana merasakan tandas bukan tempat yang sesuai untuk bergambar.. Ada sahaja netizen ni. Kita fikir positif, mungkin tandas tu memang khas untuk penggambaran agaknya? -CARI
|
11
Bagus |
14
Marah |
21
Terkejut |
15
Sedih |
8
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT