CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pemuda Ini Berbaju Melayu Di Khalayak Ramai, Martabat Atau Acah Viral?

19-9-2018 05:58 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 7112| Komen: 22|Original author: Oleh: Azza




Jika wanita Melayu berbaju kurung, nampak cantik dan 'perempuan terakhir' sangat. Apatah lagi ada yang bukan sekadar memakainya di hari raya atau kenduri kahwin sahaja, tetapi dijadikan busana harian sama ada ke tempat kerja, ke pusat beli-belah dan lain-lain lagi, aduhai indah sangat pemandangan.

Namun, pernahkah anda melihat lelaki yang memakai busana Melayu, lengkap dengan tengkolok dan capal seperti pahlawan Melayu di zaman silam? Agak janggal bukan? Namun inilah yang mahu dibuktikan oleh pemuda ini yang mahu mengajak orang ramai menghargai busana tradisi sekaligus tidak mencerca mereka yang memakainya.


Kredit foto: Twitter

Bagaimanapun ramai netizen yang menganggap lelaki ini sebenarnya mahukan perhatian. Maklumlah apabila berpakaian lain dari yang lain, berjalan pula di khalayak ramai, pastinya mengundang mata-mata memandang. Bagi segelintir netizen, aksi pemuda ini lebih kepada 'acah viral' bukannya mahu memartabatkan busana Melayu. Jika bernasib baik, ia menjadi tular hingga dijemput ke dalam program misalnya Motif Viral.



Bagaimanapun, pendapat tersebut dibantah oleh segelintir netizen lain yang menyatakan tiada salahnya memakai baju tradisional. Malahan ia harus dipuji kerana menaikkan martabat busana Melayu yang sebenarnya.
Jadi abaikan sahaja mulut-mulut yang tahu mengata sahaja.

Ada juga pemuda lain yang mahu meniru cara pemakaian sebegini tetapi masih belum mempunyai kekuatan untuk melaksanakannya. Lagi pula ia adalah warisan yang harus dipertahankan.

"Okey What. If pergi Korea, bersepah yang pakai hanbok. If ke Jepun pula, bersepah orang pakai kimono. Malaysia? Jarang-jarang, ke masjid pun sekadar pakai Tshirt dan kain pelikat. Macam mana pelancong nak impress dengan budaya kita?"



"Rasanya orang tiada masalah pun kau nak pakai macam ni. Masalahnya apabila kau menulis yang membawa maksud 'Melayu lupa daratan'. Tu yang salah."

Ya. Tulisan Jebat Derhaka pun agak keras dan mungkin membuatkan orang lain terasa. Walaupun dia menyatakan ia adalah kiasan berunsur sindiran, tetap tidak elok dituturkan oleh individu yang mengaku mahu memperjuangkan tradisi Melayu, dalam masa sama menyindir orang lain. Seolah-olah ketam mengajar anaknya berjalan betul.


Sebenarnya, tiada salah pun memakai busana tradisional. Malahan ia harus dipuji kerana memartabatkan budaya yang semakin hilang dek keterbukaan ramai individu yang lebih selesa memakai baju moden. Namun begitu, bahasa Melayu turut dipuji antara yang mempunyai kiasan mendalam dan tersirat,  bukannya menyindir hingga menyakitkan hati orang lain. Apa pun, semoga kita lebih terbuka dengan kesedaran untuk berpakaian tradisi ini. - CARI 
8

Bagus
12

Marah
11

Terkejut
9

Sedih
14

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (58 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CardiGans85 19-9-2018 06:15 PM
La..pakai la macam Almarhum Tunku Abdul Rahman. Baru nampak kemas, tak payah tunggu jumaat
Quote buapakperut 19-9-2018 06:23 PM
ah syok sendiri orang gini. poyo lebih.
Quote matkpop 19-9-2018 06:45 PM
pakai la apa kau nak pakai dik.
Quote smeetasmitten 19-9-2018 06:57 PM
Ni bukan ke #keretapisarong punya event hari malaysia kelmarin
Quote Gingerly 19-9-2018 07:06 PM
Asal pakai baju sudahlah. Y bother
Quote Spicymami 19-9-2018 07:42 PM
Nenek moyang kau dulu duluuuu la ntah2 pakai cawat kulit binatang or daun je dek.  
Quote jetonkepoh 19-9-2018 08:17 PM
Akak nk tergelak yg komen pi korea ramai yg pakai hanbok,  pi jepun ramai pakai kikono.... Kalau akak xpernah pi korea n jepun, akak percaya je dik... Akak hanya mampu tergelak jer.
Quote renko 19-9-2018 08:33 PM
anjing ni orang bukan kutuk dia pakai baju
tapi orang kutuk dia pasal dia acah2 konon org nk hina sgt pakai baju gitu
padahal orang xkisah pun
si bangsat tu yang beriye2 kuat sangat suuzon dgn orang
pastu sendiri meroyan konon org kecam la hina la
dasar hati kotor lagi nk cte melayu2
macam dia je melayu
Quote RatuDunia94 19-9-2018 09:58 PM
jetonkepoh: Akak nk tergelak yg komen pi korea ramai yg pakai hanbok,  pi jepun ramai pakai kikono.... Kalau akak xpernah pi korea n jepun, akak percaya je dik... ...


Kannnn.. yihhhhhh sangat. Ko ingat org korea n jepun x reti rasa rimas ke nk pakai kimono n hanbok x tentu pasal..
Quote inspektoremos21 20-9-2018 01:02 AM
Acah2 monoloque antiloque tengkoloque ke?
Quote kroit92 20-9-2018 02:03 AM
dulu masa zaman study, ade sorang senior ni, super senior agaknye

memang keluar bilik berbaju Melayu, sampin, tengkolok bagai
macam ni la. bila berjalan of course la jadi perhatian. pun ayat sama, memartabatkan melayu. entahhh

aku nak dekat pun takut, muka dia confident habis bila orang pandang
lecturers semua buat tak tau je
Quote FOTHER-MUCKER 20-9-2018 06:04 AM
Bagi saya ok sahaja. Tiada masalah,semoga lebih ramai Melayu berpakaian baju Melayu di khalayak ramai.

Quote blinkmos 20-9-2018 10:10 AM
jetonkepoh replied at 19-9-2018 12:17 PM
Akak nk tergelak yg komen pi korea ramai yg pakai hanbok,  pi jepun ramai pakai kikono.... Kalau aka ...

kak jeton... punya la marah sampai jadi kikono..


tp betul la... nak pakai tu pakai la.. takyah la acah deep pulak perli2 orang...
suka ko la bang nak pakai baju mende pun...
Quote MadameOnion 20-9-2018 10:31 AM
pakai je lah..tak perlu up dalam soc med mengharapkan pujian or makian..ni nampak sgt nak acah viral..sedeeehhh hidup kau dekk
Quote chicozinn 20-9-2018 10:57 AM
xkisah la ko nk pakai spetot pn xkisah..tapi xpyah la nk lapar viral..ni srupa cm batak like je..urghhh..pakai senyap2 da la bia la org lain yg viralkn ko..bru nmpak real
Quote pai.kacang 20-9-2018 11:12 AM
nak pakai2 je laa... yg gi up dkt socmed pastu buat ayat provok orang tu kenapa?
Quote missDollie 20-9-2018 11:16 AM
Nak pakai pakai je la..nak explain kat orang bagai nampak sangat kau sebenarnya pun tak selesa..takot orang pandang serong..boo..
Quote umbut 20-9-2018 11:19 AM
Kau nak viral kan.. jap lagi motif viral call
Acah2 hang tuah konon
Quote palmolive 20-9-2018 11:26 AM
masa kecik mak bapak tak bagi perhatian ker

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.049383 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top