CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gara-gara Melakukan Spa Ikan, Wanita Australia 'Hilang' Semua Jari Kaki

18-9-2018 11:56 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5566| Komen: 30

Tidak dinafikan spa ikan atau rawatan kaki menggunakan khidmat ikan-ikan garra rufa iaitu spesies ikan kecil yang berasal dari sungai, kolam, sungai dan tasik di Asia Barat dan Anatolia menjadi popular sejak akhir tahun 2010.


Dengan harga yang berpatutan dan keseronokan yang dinikmati, ia menjadi tumpuan orang ramai.

Namun, kegiatan tersebut sebenarnya berisiko tinggi dari segi kebersihan dan keselamatan.

Kredit foto: www.mstar.com.my

Memetik laporan mStar yang ambil sumber daripada New Zealand Herald, seorang wanita dari Perth, Australia hilang semua jari kaki kanannya selepas merendamkan kakinya di sebuah spa ikan ketika bercuti di Thailand.

Mangsa yang dikenali sebagai Victoria Curthoys itu dilaporkan mengalami jangkitan tulang di jari kaki kanannya akibat terkena kaca pada tahun 2006.


Selepas menjalani rawatan, doktor memotong bahagian yang terjejas dan dia pulih sepenuhnya.

Kredit foto: www.mstar.com.my

Pada tahun 2010, Curthoys bercuti ke Thailand dan berhasrat untuk mencuba spa ikan.

Setelah kakinya dimasukkan ke dalam air, ikan-ikan segera berkumpul dan makan tompokan kulit mati di kakinya sehingga licin.

Bagaimanapun difahamkan kolam ikan yang dikunjungi Curthoys telah tercemar dengan penyakit bawaan air yang kemudian menjangkiti bahagian pembedahannya.

Apabila Curthoys pulang ke rumah, dia menderita demam berpanjangan dan diserang penyakit lain. 

Setelah setahun ujian, seorang doktor akhirnya mendiagnosis dirinya dengan osteomielitis akibat keadaan serius yang jarang berlaku melibatkan jangkitan tulang.

Para doktor kemudian memberitahu Curthoys bahawa dia tidak mempunyai pilihan lain selain memotong semua jari di kaki kanannya, satu prosedur yang mengambil masa lima tahun untuk diselesaikan.

Jari kaki terakhir Curthoys dipotong pada November tahun lepas. Sejak itu, dia telah berkongsi gambar-gambar kakinya dalam talian untuk memberi kesedaran kepada orang lain mengenai bahaya spa ikan.

Kisah Curthoys adalah yang terbaru dalam kecederaan disebabkan oleh spa ikan.- CARI
18

Bagus
13

Marah
18

Terkejut
18

Sedih
18

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (98 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chicozinn 18-9-2018 12:42 PM
pergh..nyaris nk terbuat dulu mse kat ranau sabah tapi yg tu ikan sungai..sme ke efek dia?
Quote gummiebear 18-9-2018 12:47 PM
Omg kesiannya sampai kena potong jari

Iols pernah buat spa ikan ni kat Bangkok nasib baik tak jadi pape. Rasanya last kot buat sebab geliiii i kenot
Quote shernazz 18-9-2018 12:51 PM
Iols ada tgk.satu video ni..
Xtau la.kenapa..semua ikan xnak pegi kat kaki dia..
Quote saladin780 18-9-2018 12:54 PM
chicozinn replied at 18-9-2018 12:42 PM
pergh..nyaris nk terbuat dulu mse kat ranau sabah tapi yg tu ikan sungai..sme ke efek dia?

kat sungai oklah..air mengalir kan. ni kat dalam akuarium air bertakung mcm2 jenis kaki datang mencelup, eiii jijikkss
Quote Foxey 18-9-2018 12:56 PM
Pernah try sekali, tu pun geli geleman. Sekejap je kot fox buat pastu fox tak sanggup, eiiiiyyy..

Kesian dia ni.
Quote bangcak 18-9-2018 01:13 PM
doktor malas buat homework le tu.
pesakit baru rasa gatal2 kaki dipotongnya tross.
Quote insulin 18-9-2018 01:15 PM
Gulp. Extremenya...
Quote buapakperut 18-9-2018 01:20 PM
walaupun kaki ku tak cantik dan berkalus syukur takde penyakit
Quote chicozinn 18-9-2018 02:07 PM
saladin780 replied at 18-9-2018 12:54 PM
kat sungai oklah..air mengalir kan. ni kat dalam akuarium air bertakung mcm2 jenis kaki datang men ...

btol gak tu..meollss rasa kaki org ni kne ptong pn sbab tahap kebersihan lemah..
Quote paz 18-9-2018 02:18 PM
I tak pernah teringin, sebab i cannot handle geli.
Quote cassriena 18-9-2018 02:20 PM
teringin tapi baca kes cam ni rasa scary pulak
Quote minguk 18-9-2018 02:21 PM
bahaya kalau ada penyakit dan bagi ikan makan kulit kaki
Quote gibrana 18-9-2018 02:22 PM
kesiannya.apa fungsi rawatan ni?
Quote Meiizu 18-9-2018 02:32 PM
tekejut baca tajuk terus tringat ikan pirana
Quote buapakperut 18-9-2018 02:33 PM
gibrana replied at 18-9-2018 06:22 AM
kesiannya.apa fungsi rawatan ni?

pedicure saja,untuk tanggalkan sel2 kulit mati. tapi kalau satu kolam ikan gigit macam2 kaki orang ditambah pulak air kolam yang kurang bersih memang memabntu tersebarnya penyakit berjangkit
Quote BoLapciOus 18-9-2018 02:38 PM
kesiannye..xpela mencegah lebih baik so xyah la try..buat spa sendiri aje kat umah
Quote chinta89 18-9-2018 02:57 PM
omg kesiannya.

penah terbaca psl ikan2 ni sbnrnya spa ikan x de manfaat pun. yeke?
Quote gusikuberdarah 18-9-2018 02:59 PM
Pernah jugak lah rendam kaki dalam spa ikan camni.

Geli nakkkk.. Tak mampu nak tahan lama2
Quote Artemesiaa 18-9-2018 03:02 PM
Dari dulu tak berani nak cuba sebab rasa cam tak bersih je air yang ada dalam tangkinya tu.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.035849 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top