Berkahwin dengan hantu adalah satu perkara yang tidak pernah terfikir oleh akal fikiran yang waras akan tetapi masyarakat di negara China percaya jika anak lelaki mereka meninggal dunia sebelum berkahwin akan membawa nasib buruk kepada keluarga si mati. Oleh sebab itu keluarga mereka sanggup menghabiskan ratusan ribu yuan untuk satu mayat. Kononnya untuk menemani anak mereka supaya tidak kesunyian di alam selepas mati. Mengikut awal tradisi, perkahwinan hantu ini hanya untuk orang yang sudah meninggal di mana orang yang masih hidup menikahkan lelaki dan wanita yang sudah meninggal dunia. Namun, sejak belakangan ini ritual ini melibatkan orang yang masih hidup dinikahkan dengan mayat. Di Taiwan pula jika seseorang wanita yang belum berkahwin meninggal dunia, keluarganya akan meletakkan bungkusan berwarna merah yang berisi wang tunai, wang kertas, seikat rambut dan kuku di tempat terbuka. Pemuda pertama yang mengambil bungkusan tersebut akan terpilih sebagai pengantin lelaki dan jika dia ingkar untuk menikahi mayat wanita tersebut nasib malang akan menimpa pemuda tersebut.
Tradisi ini juga mendatangkan keuntungan besar kepada penjenayah di mana mereka mencuri mayat wanita untuk dijual bagi perkahwinan hantu. Ada juga kes di mana penjenayah membunuh wanita dan kemudian menjual mayat mereka dengan harga yang tinggi kerana nilai mayat wanita yang masih baru meninggal dunia lebih tinggi jika dibandingkan dengan mayat yang sudah lama. Dalam pernikahan hantu antara dua orang yang sudah meninggal, mempelai mendiang akan diwakili oleh boneka dan miniatur yang diperbuat dari kertas seperti pelamin pengantin, mobil serta sepasang pelayan. Semua itu akan dibakar setelah selesai segala ritual. Upacara pernikahan tersebut biasanya ada nisan kedua mempelai dan hidangan jamuan. Tulang-tulang mayat mempelai wanita digali dan ditempatkan di dalam kubur mayat mempelai lelaki. Di Singapura pula ada satu tempat dikenali sebagai Klenteng Seng Wong Beo yang masih menyelenggarakan "ghost marriage" atau pernikahan mendiang sehingga kini. Pernikahan ini bertujuan untuk menyatukan 2 mendiang yang sudah berada di alam baka dan dikhususkan bagi lelaki atau wanita yang sudah meninggal dunia, namun belum sempat melangsungkan pernikahan di dunia nyata. Biasanya, orang tua si mendiang akan datang ke Klenteng Seng Wong Beo dan meminta anaknya untuk 'dicarikan jodoh' dengan mendiang lainnya. Antara alasan dilakukan perkahwinan hantu di keluarga Cina:
|
20
Bagus |
7
Marah |
17
Terkejut |
22
Sedih |
15
Lawak |
34
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
gummiebear replied at 18-9-2018 06:28 PM
Macam dalam kdrama.. heroin tu boleh nampak hantu, so dia tolong shaman ni jadi matchmaker carikan j ...
soretos replied at 18-9-2018 07:15 PM
hahaha..citer ape tuh?bese yg aku tengok citernyer seram2 gituhhh
gummiebear replied at 18-9-2018 07:40 PM
Master's Sun tajuk dia. So Ji Sub dengan Gong Hyo Jin berlakon. Pasal yang ghost marriage tu subpl ...
Nenasketum replied at 18-9-2018 09:05 PM
Menarik tajuk ni tt.. Selalunya ia terjadi dalam masyarakat tapi tidak diheboh kan.. Kalo kawen ngan ...
awaynepian replied at 18-9-2018 09:25 PM
euw. kegilaan apakah ini... xsanggup aku
soretos replied at 18-9-2018 10:00 PM
oh yang ni citer episode eh..huh jenuh la nak menghabiskan..aku ni susah sikit nak masuk seram + k ...
caca_eric replied at 19-9-2018 12:09 AM
Baikla kawin dgn hantu drp kawin dgn org yg suka menipu...
gummiebear replied at 18-9-2018 06:28 PM
Macam dalam kdrama.. heroin tu boleh nampak hantu, so dia tolong shaman ni jadi matchmaker carikan j ...
robinmosby replied at 19-9-2018 09:36 AM
Cite apa tu uols? Macam best je
leylapple replied at 19-9-2018 08:53 AM
aku baru tgk creta cina taiwan the bride last week...pasal sorang laki nie nak kawin tapi terkutip s ...
gummiebear replied at 19-9-2018 10:50 AM
Cite Master's Sun.. best jugak pastu hero dengan heroin dedua best
caca_eric replied at 19-9-2018 12:09 AM
Baikla kawin dgn hantu drp kawin dgn org yg suka menipu...
ADVERTISEMENT