CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 13 Tahun Bunuh Dua Adik Kecil, Cekik Kucing Sampai Terburai Isi Perut

13-9-2018 11:04 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4901| Komen: 15

Remaja berusia 13 tahun dilaporkan membunuh dua adiknya, Desiree McCartney dan Nathaniel Ritz, masing-masing berusia 23 bulan dan 11 bulan selepas mendengar suara misteri mengarahkannya untuk 'membebaskan' mereka.


Selain itu, dia juga membunuh seekor kucing dengan mencekiknya hingga terkeluar organ.

Menurut laporan METRO, Desiree ditemui mati di kerdiaman mereka di Osgood, Indiana pada May 2017, manakala mayat Nathaniel ditemui tiga bulan kemudian pada Ogos.


Kredit foto: METRO/Porter Oliger-Pearson funeral home

Suspek yang berusia 13 tahun ketika kejadian dikatakan memberitahu beberapa saudaranya bahawa dia menutup kepala mangsa dengan selimut sehingga mereka 'berhenti membuat bunyi bising'.


Justeru, kanak-kanak itu disoal siasat mengenai kematian adik-adiknya selepas saksi mendakwa mereka melihat suspek menyeksa seekor kucing sehingga terburai isu perut pada September lalu kerana berang haiwan itu mencakarnya.

Salah seorang saudaranya yang juga pemilik kucing terbabit menyifatkan suspek seorang panas baran seperti 'Hulk' (watak filem popular).

Malah, wanita itu pernah diberitahu suspek bahawa dia mungkin perlu mati saja kerana menderita penyakit diabetes hingga perlu bergantung pada kaki palsu.

Sementara itu, Fox59 melaporkan, kanak-kanak itu memberitahu penyiasat bahawa dia tiada niat membunuh adik-adiknya, sebaliknya  terpaksa melakukannya demi membebaskan mereka dari 'neraka.

Menurut laporan, dia memberitahu polis mengenai perbualannya dengan 'tuhan', namun enggan mengulas lanjut kerana sudah berjanji untuk merahsiakannya.


Kredit foto: METRO/Fox 59

Difahamkan, suspek yang mendakwa dibuang sekolah selepas dibuli pelajar lain tinggal bersama ibu, adik beradik, dan teman lelaki ibunya (bapa Nathaniel) ketika pembunuhan itu berlaku.

Dia ditahan di pusat tahanan juvana sejak bulan lalu dan bakal berdepan dua pertuduhan membunuh. - CARI
34

Bagus
14

Marah
19

Terkejut
28

Sedih
32

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (145 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 13-9-2018 11:11 AM
problem child..
Quote matkpop 13-9-2018 11:17 AM
bakal psychopath.
Quote Nonones 13-9-2018 11:29 AM
Ni ke org cakap penyakit schizophrenia tu?
Quote buapakperut 13-9-2018 11:35 AM
warning signs... ish3.. adik aku dulu penah jerut kucing masa umo 3 tahun camtu.nasib aku nampak, merasa dia sedas pelempang. nasib kucing ok dan nasib die anak bongsu. bila besar jadi terbalik sayang gila kat kucing.mengamuk kalau kucing hilang
Quote nishikido 13-9-2018 11:35 AM
Mental ni..budak normal takkan saja2 bunuh adik kandung sendiri..siap dera kucing sampai terburai isi perut.semoga diberi rawatan dan jangan dibiarkan lepas bebas tanpa pantauan..
Quote zulka 13-9-2018 11:37 AM
hmm..tengok persekitaran family pun dah tau betapa stressnya life budak ni
Quote fox. 13-9-2018 11:38 AM
kechik lagi macam2 hal, bunoh jah budak nih
Quote EncikRhoma 13-9-2018 03:42 PM
pengaruh tv. Budak2 jgn la bagi tengok cerita yg ganas2....diorang mudah terpengaruh. Ingat benda tu biasa
Quote Gabana 13-9-2018 03:43 PM
troubled kid
Quote kroit92 13-9-2018 07:31 PM
dengar suara, panas baran

kesian dia kecik-kecik jadi macam ni..
dah mental dek persekitaran..
kalau makan ubat boleh control rasanya
Quote jpbstarlife 14-9-2018 10:47 AM
comei adik2 dia...

kesian muda2 dah tertekan...
Quote supernaturalee 14-9-2018 11:44 AM
fox. replied at 13-9-2018 11:38 AM
kechik lagi macam2 hal, bunoh jah budak nih

dahsyat nya ko nih



Quote clarizsa 14-9-2018 01:24 PM
EncikRhoma replied at 13-9-2018 03:42 PM
pengaruh tv. Budak2 jgn la bagi tengok cerita yg ganas2....diorang mudah terpengaruh. Ingat benda tu ...

Masalah mental dia sbnarnya
Anak i tengok segala movie ganas tetap sayangkan haiwan
Quote clarizsa 14-9-2018 01:26 PM
Org gila mcm ni ptut dibunuh je
Simpan2 buat apa smpai dh bunuh adik2 sndri

I pun perna marah n menyampah dgn org2 tertentu siap pkir nak bunuh bagai tp tetap tak buat betul pun
Cuma biar imaginasi ganas tu dalam otak je
Buat masa ni laa
Sbb i ada tanggungan so xleh gila buat bukan2
Quote putericahaya999 16-9-2018 01:36 AM
tak cek doktor ke skizo ke mental ke

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.121269 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top