Remaja berusia 13 tahun dilaporkan membunuh dua adiknya, Desiree McCartney dan Nathaniel Ritz, masing-masing berusia 23 bulan dan 11 bulan selepas mendengar suara misteri mengarahkannya untuk 'membebaskan' mereka.
Selain itu, dia juga membunuh seekor kucing dengan mencekiknya hingga terkeluar organ.
Menurut laporan METRO, Desiree ditemui mati di kerdiaman mereka di Osgood, Indiana pada May 2017, manakala mayat Nathaniel ditemui tiga bulan kemudian pada Ogos.
Kredit foto: METRO/Porter Oliger-Pearson funeral home
Suspek yang berusia 13 tahun ketika kejadian dikatakan memberitahu beberapa saudaranya bahawa dia menutup kepala mangsa dengan selimut sehingga mereka 'berhenti membuat bunyi bising'.
Justeru, kanak-kanak itu disoal siasat mengenai kematian adik-adiknya selepas saksi mendakwa mereka melihat suspek menyeksa seekor kucing sehingga terburai isu perut pada September lalu kerana berang haiwan itu mencakarnya.
Salah seorang saudaranya yang juga pemilik kucing terbabit menyifatkan suspek seorang panas baran seperti 'Hulk' (watak filem popular).
Malah, wanita itu pernah diberitahu suspek bahawa dia mungkin perlu mati saja kerana menderita penyakit diabetes hingga perlu bergantung pada kaki palsu.
Sementara itu, Fox59 melaporkan, kanak-kanak itu memberitahu penyiasat bahawa dia tiada niat membunuh adik-adiknya, sebaliknya terpaksa melakukannya demi membebaskan mereka dari 'neraka.
Menurut laporan, dia memberitahu polis mengenai perbualannya dengan 'tuhan', namun enggan mengulas lanjut kerana sudah berjanji untuk merahsiakannya.
Kredit foto: METRO/Fox 59
Difahamkan, suspek yang mendakwa dibuang sekolah selepas dibuli pelajar lain tinggal bersama ibu, adik beradik, dan teman lelaki ibunya (bapa Nathaniel) ketika pembunuhan itu berlaku.
Dia ditahan di pusat tahanan juvana sejak bulan lalu dan bakal berdepan dua pertuduhan membunuh. - CARI |