Jika anda penggemar keju, kemungkinan besar anda dah tahu tentang Restoran Cheese Banjir yang terletak di Desa Pandan, Kuala Lumpur ini. Pada mulanya ia mula tular kerana menghidangkan minuman Cheese Durian Milo Kaw. Kalau nak tahu sebenarnya ada banyak menu yang ditawarkan di sini dan paling syok ia menggunakan keju yang melimpah ruah. Antaranya piza daging yang diberi nama Beef Meatza.
Jika piza biasa menggunakan doh sebagai asasnya, restoran ini menggunakan daging lembu 100% sebagai pengganti doh. Anda juga boleh memilih daging kambing sebagai asas. Menggunakan keju mozzarella, anda boleh lihat sendiri jumlah keju, daging dan topping yang digunakan dalam pembuatan piza ini. Kedua-dua penggemar piza dan keju memang wajib pilih menu ini! Sebagai pencuci mulut pula anda boleh memesan Pulut Durian Tergolek yang sesuai dikongsi sehingga 4 orang. Ia mengandungi pulut, dua skop aiskrim vanilla, 12 biji durian daripada baka D24, coklat cair dan juga santan. Tak dapat digambarkan betapa 'berdosanya' anda kepada diet anda jika memilih manisan ini tapi memang tak akan menyesal! Ada banyak lagi menu yang ditawarkan di sini seperti yang kami lampirkan di dalam gambar. Tengok gambar sahaja mesti dah tak sabar-sabar nak ke Desa Pandan. Tapi tak salah kalau tak sabar, pergi sahaja ajak kawan-kawan dan keluarga okay! Cheese Banjir Lot 19, G-Village, Jalan 1.76, Desa Pandan Kuala Lumpur Waktu operasi: 10 pagi - 10.30 malam, setiap hari -CARI
|
35
Bagus |
22
Marah |
32
Terkejut |
22
Sedih |
33
Lawak |
33
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
amyza: Dah pergi makan lamb chop rm40, chicken chop rm35. Portion dia besar. Sedap.
ADVERTISEMENT