Ramai yang tertarik dengan sikap bersahaja Datuk Seri Najib Tun Razak di laman sosial. Perkongsian mantan perdana menteri itu di Twitter menjadi bahan usikan netizen.
mStar Online melaporkan, selepas menerima banyak pertanyaan, Najib ada berkongsi alamat sebuah restoran ikan patin di Kuala Lumpur. Semuanya bermula bila beliau memuat naik beberapa keping gambar sedang menjamu selera dengan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan beberapa kenalannya. Perkongsian tersebut mengundang usikan netizen yang yang bertanya sama ada beliau kini menawarkan perkhidmatan prebiu berbayar mengenai lokasi makanan menarik.
Sebelum ini ahli politik itu turut memuat naik gambar sedang menjamu selera di sebuah kedai di Tanjung Malim, Perak. Ada pula yang mencadangkan penggunaan hashtag #NajibCariMakan. Beliau juga pernah berkongsi gambar sedang menikmati hidangan di restoran nasi daun pisang di Seksyen 1 Petaling Jaya 8 September lalu selepas memuat naik gambar sedang membeli rojak di Jalan Bukit Pantai pada 5 September. -CARI
|
12
Bagus |
16
Marah |
18
Terkejut |
28
Sedih |
27
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
JohnnySins replied at 12-9-2018 06:47 PM
maaaaakan jo la kojo ekau Najib..takpo la...gomok la sikik...nikmati la siso2 hidup yang ado..enjoy ...
dinopower2 replied at 12-9-2018 06:54 PM
jd gemuk air mcm @dodolgemokgila sudah
ADVERTISEMENT