CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Lagi Adegan Mengarut Dan Tak Logik Di Hospital - Drama Melayu Sampah!

12-9-2018 04:35 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 18408| Komen: 51|Original author: Oleh: Azza

Description: Sudah beberapa kali kesalahan di dalam drama Melayu ditegur oleh netizen di media sosial, namun kesilapan sama masih diulang oleh drama yang lain pula. Kebanyakkan kesilapan tersebut adalah adegan di ...



Sudah beberapa kali kesalahan di dalam drama Melayu ditegur oleh netizen di media sosial, namun kesilapan sama masih diulang oleh drama yang lain pula. Kebanyakan kesilapan tersebut adalah adegan di hospital yang memerlukan pelakonnya memakai peralatan hospital untuk menghidupkan watak.

Namun, perkara sebaliknya berlaku apabila peralatan yang dipakai tidak tepat sehingga menimbulkan kelucuan kepada mereka yang berada dalam bidang ini. Tidak sekadar lucu, kadang kala ia juga boleh membuatkan pengamal perubatan marah dan bengang kerana krew drama sekadar menangguk di air keruh semata-mata.


Sebagai jururawat, Balqis merasakan adegan tersebut sangat tidak logik. Ini kerana pesakit wanita yang dimasukkan tiub ETT (endotracheal tube) dalam trakea sepatutnya tidak boleh bercakap, namun pelakon wanita tersebut kelihatan aktif bercakap dan dalam keadaan sedar. Hal ini dipersetujui oleh ramai netizen lain dan ada yang turut berkongsi pengalaman memakai tiub itu sendiri.




Sehinggakan ia dijadikan bahan jenaka oleh pelajar-pelajar perubatan.



"Drama  Melayu memang malas, tak macam Drama Korea yang betul-betul real."

Begitulah perbandingan netizen apabila menyifatkan produksi drama Malayu yang sekadar melepaskan batuk di tangga. Kebanyakkan jalan cerita drama Melayu sebenarnya boleh tahan tetapi disebabkan tidak membuat kajian mendalam mengenai latar belakang perubatan membuatkan hasilnya sangat mengecewakan.



Foto : Google

"Drama Melayu ni lama kelamaan tak mustahil akan jadi macam drama Indonesia yang banyak tak logik, atau pun macam cerita Tamil, tembak banyak kali pun tak mati-mati."




Bagaimanapun, ada juga yang membela drama ini yang ianya sekadar fiksyen, tidak boleh dijadikan ukuran kejayaan sesebuah drama.



Pelakon drama Cinta Koko Coklat - Google

Menjawab mengenai video yang viral itu, pengarah drama yang dimaksudkan iaitu Mohd Fazli Yahya memohon maaf dan mengakui kesalahannya dalam drama Cinta Koko Coklat tersebut.

Sudah sampai masanya pembikin drama tempatan meluangkan lebih masa membuat kajian terperinci mengenai bidang perubatan ini. Biarpun hanya beberapa babak sahaja di hospital, tetapi biarkan adegan tersebut memberi impak kepada penonton sekaligus tidak memberi tanggapan salah terhadap bidang perubatan itu sendiri. Hentikan kerja cincai yang hanya membuatkan pembikin drama sendiri dipandang rendah oleh golongan lain. - CARI 
10

Bagus
18

Marah
25

Terkejut
17

Sedih
30

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (114 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarahmirza 12-9-2018 04:49 PM
Drama Melayu memang nampak bodoh belaka..
Tak tau kenapa ada yang sampai gian nak tengok, masuk office borak pasal drama je..
Bodoh kuasa tiga agaknya
Quote munchkin 12-9-2018 04:49 PM
Siotttttt hahahahahahha
Quote MsKathryn 12-9-2018 04:50 PM
Hahaha... i tgk gak cinta koko coklat ni{:thief
Quote munchkin 12-9-2018 04:52 PM
Kalau intubated bukan sedated ke?
Quote Lorra2411 12-9-2018 04:53 PM
kahkahkah, kelakar nokharom
Quote grouper 12-9-2018 05:12 PM
Cite korea pun ada yg mengarut gak scene medical ni..tapi x nampak sgt mcm drama melayu punya mengarut mcm nk troll org medic je
Quote hijau88 12-9-2018 05:15 PM
Aku mmg tgk CKC ni. Tp scene pelakon kat atas ni mmg aku x fokus la. Klu tgk yg direcord pun aku skip part scene dorg... Fokus scene ZM, aqasha, mini lana n scene2 menarik jek.

Actually storyline drama ni ok jek. Lakonan pelakon2 utama pun best n ada chemistry.
Quote matkpop 12-9-2018 05:18 PM
hahahahahah kelaka betul
Quote buapakperut 12-9-2018 05:31 PM
tajuk drama apeke barang koko coklat?jalan cerita macam ni la yang buat dik qie2 depression
Quote fazila17 12-9-2018 05:40 PM
Edited by fazila17 at 12-9-2018 05:41 PM
hijau88 replied at 12-9-2018 05:15 PM
Aku mmg tgk CKC ni. Tp scene pelakon kat atas ni mmg aku x fokus la. Klu tgk yg direcord pun aku ski ...

Sama la... ai pun layan scene yang ada zahira, aqasha dan en jamal.... masa scene pelakon2 lain mmg tak fokus
Time scene hospital ni pun i tgh layan forum cari agaknya


Quote LautBiru52 12-9-2018 05:51 PM
Drama bersiri ke ni? Hahahaha
Quote AbukRokok 12-9-2018 05:54 PM
tgk drama mcm sedap je masuk benda tu
Quote imanda 12-9-2018 06:23 PM
lenkali xpyh laa scene kat spital lg dah.
semak je.
Quote hijau88 12-9-2018 06:58 PM
fazila17 replied at 12-9-2018 05:40 PM
Sama la... ai pun layan scene yang ada zahira, aqasha dan en jamal.... masa scene pelakon2 lain mm ...

Kannnnn. Aku x perasan pun scene kat atas ni. Mmg scene x berapa penting pun. Tp xsangka lak viral, tu la x bincang ngan pihak spital kot, tanya betul atau tak penggunaaanya.
Hrp2 scene damia kat spital nnti xde buat silap.
Sian lak kat my ZM nnti.
Kikikiki.  
Quote EvieWanKenobi 12-9-2018 07:09 PM
tajuk drama pun pelik..
Quote belilies 12-9-2018 07:15 PM
Hey, iols tak bernafsu bila tengok si qashah japan ni jadik hero. Kertu yahamat!
Quote gekkou 12-9-2018 07:19 PM
aiyo tajuk drama murahan sangat
koko coklat??????

Quote matchstick 12-9-2018 08:08 PM
Nmpk mcm dia buh tepi bibir je tube tu... Mmg lah boleh cakap. Tp dr segi perubatan xtau la ape manfaat buh natang tu di tepi bibir
Quote weezerfan 12-9-2018 08:14 PM
grouper replied at 12-9-2018 05:12 PM
Cite korea pun ada yg mengarut gak scene medical ni..tapi x nampak sgt mcm drama melayu punya mengar ...

Kalau korea plak. Iv line sokmo dekat lipat siku. Pastu agak2 hero nk kejar heroin mesti selamba kodok jah tarik iv line tu.. Almost setiap drama korea ada scene ni.

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 07:50 PM GMT+8 , Processed in 0.072256 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top