CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Iklan Nike Ini Mencetuskan Penghasilan Meme Internet Di Serata Dunia

12-9-2018 01:26 PM| Diterbitkan: awanearisu| Dilihat: 5280| Komen: 5|Original author: Oleh: CSuy

Kredit Foto: TechWeez

Meme (cara sebutan seperti 'mim') adalah singkatan kepada perkataan mimeme yang berasal dari bahasa Greek Kuno yang membawa maksud, 'benda yang ditiru'. Di alam maya, istilah meme digunakan untuk merujuk kepada apa-apa objek, konsep mahupun aktiviti berunsurkan jenaka atau satira yang merupakan peniruan dari objek, konsep mahupun aktiviti asalnya.

Baru-baru ini, Nike telah melancarkan sebuah kempen pengiklanan yang menggunakan wajah seorang bintang sukan American Football, Colin Kaepernick. Kempen tersebut serta-merta menimbulkan reaksi negatif di kalangan rakyat Amerika. Mengapa tu? Ini kerana sebelum itu, Kaepernick telah dikritik dengan hebat disebabkan tindakannya yang melutut ketika lagu kebangsaan negara tersebut dimainkan di dalam salah satu perlawanan bola yang melibatkan beliau.

Kredit Foto: TechWeez

Poster Nike yang menggunakan wajah beliau berserta sebuah kapsyen yang bertemakan keyakinan dan pengorbanan telah menimbulkan reaksi hangat di kalangan netizen Amerika. Memetik artikel dari laman sesawang TechWeez, beberapa pengguna Twitter mula meniru poster yang digunakan Nike dan menggantikan kapsyen di poster tersebut dengan kapsyen lucu yang memiliki rujukan kepada budaya popular tertentu. Ia seterusnya telah menular ke laman sosial lain seperti Instagram.

Jom kita lihat kreativiti para pengguna Instagram!

Kredit Foto: Instagram

Kreatif bukan! Bagaimana dengan meme ini pula?
  
Kredit Foto: Instagram

Perkongsian-perkongsian melucukan meme Internet yang menggunakan format poster Nike ini telah menyebabkan ia menjadi tular ke seluruh negara tersebut. Malah, penyanyi rap terkenal, 50 Cent turut mengambil peluang ini untuk menempelak seterunya, Kanye West menerusi sebuah meme Internet yang menyerupai iklan Nike tersebut.

Kredit Foto: Instagram 50Cent

Sudahnya, meme Internet ini merebak ke seluruh dunia. Terbaru, para pengguna laman sosial dari negara lain turut mencuba menyerlahkan kreativiti masing-masing, termasuk seorang pengguna Instagram dari negara Czech yang secara berseloroh meminta pihak yang ingin memboikot produk Nike agar menghubunginya.

Kredit Foto: Instagram

Kredit Foto: Instagram

Kreatif! Meme Internet menampilkan sisi lucu dunia Internet. Niat asalnya mungkin hendak menunjukkan protes terhadap tindakan Nike yang seakan menyokong Kaepernick. Tidak dinafikan juga ada yang mungkin mengambil kesempatan ini untuk mempromosikan laman sosial masing-masing untuk meningkatkan bilangan pengikut. Namun siapa tahu, barangkali penularan meme Internet ini bakal melonjakkan lagi jualan produk Nike di seluruh dunia! - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoLapciOus 12-9-2018 02:33 PM
Hahha i like meme and troll
Quote skinsandstars 12-9-2018 02:48 PM
Lol gandalf tu funny.
Quote RatuDunia94 12-9-2018 10:25 PM
X fahammm


Quote Xixie 13-9-2018 01:04 AM
cetus wowwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww
Quote Jorja 18-10-2018 10:29 PM
Ni 2D aja.. kalau scary movie 2 lagi best nike spoofnya {:smile

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.112375 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top