CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3770|Reply: 5

Iklan Nike Ini Mencetuskan Penghasilan Meme Internet Di Serata Dunia

[Copy link]
Post time 12-9-2018 01:26 PM | Show all posts |Read mode

Kredit Foto: TechWeez





Meme (cara sebutan seperti 'mim') adalah singkatan kepada perkataan mimeme yang berasal dari bahasa Greek Kuno yang membawa maksud, 'benda yang ditiru'. Di alam maya, istilah meme digunakan untuk merujuk kepada apa-apa objek, konsep mahupun aktiviti berunsurkan jenaka atau satira yang merupakan peniruan dari objek, konsep mahupun aktiviti asalnya.

Baru-baru ini, Nike telah melancarkan sebuah kempen pengiklanan yang menggunakan wajah seorang bintang sukan American Football, Colin Kaepernick. Kempen tersebut serta-merta menimbulkan reaksi negatif di kalangan rakyat Amerika. Mengapa tu? Ini kerana sebelum itu, Kaepernick telah dikritik dengan hebat disebabkan tindakannya yang melutut ketika lagu kebangsaan negara tersebut dimainkan di dalam salah satu perlawanan bola yang melibatkan beliau.



Kredit Foto: TechWeez



Poster Nike yang menggunakan wajah beliau berserta sebuah kapsyen yang bertemakan keyakinan dan pengorbanan telah menimbulkan reaksi hangat di kalangan netizen Amerika. Memetik artikel dari laman sesawang TechWeez, beberapa pengguna Twitter mula meniru poster yang digunakan Nike dan menggantikan kapsyen di poster tersebut dengan kapsyen lucu yang memiliki rujukan kepada budaya popular tertentu. Ia seterusnya telah menular ke laman sosial lain seperti Instagram.



Jom kita lihat kreativiti para pengguna Instagram!



Kredit Foto: Instagram




Kreatif bukan! Bagaimana dengan meme ini pula?
  

Kredit Foto: Instagram



Perkongsian-perkongsian melucukan meme Internet yang menggunakan format poster Nike ini telah menyebabkan ia menjadi tular ke seluruh negara tersebut. Malah, penyanyi rap terkenal, 50 Cent turut mengambil peluang ini untuk menempelak seterunya, Kanye West menerusi sebuah meme Internet yang menyerupai iklan Nike tersebut.



Kredit Foto: Instagram 50Cent



Sudahnya, meme Internet ini merebak ke seluruh dunia. Terbaru, para pengguna laman sosial dari negara lain turut mencuba menyerlahkan kreativiti masing-masing, termasuk seorang pengguna Instagram dari negara Czech yang secara berseloroh meminta pihak yang ingin memboikot produk Nike agar menghubunginya.


Kredit Foto: Instagram




Kredit Foto: Instagram



Kreatif! Meme Internet menampilkan sisi lucu dunia Internet. Niat asalnya mungkin hendak menunjukkan protes terhadap tindakan Nike yang seakan menyokong Kaepernick. Tidak dinafikan juga ada yang mungkin mengambil kesempatan ini untuk mempromosikan laman sosial masing-masing untuk meningkatkan bilangan pengikut. Namun siapa tahu, barangkali penularan meme Internet ini bakal melonjakkan lagi jualan produk Nike di seluruh dunia! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2018 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahha i like meme and troll
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2018 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Lol gandalf tu funny.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2018 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
X fahammm


Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2018 01:04 AM | Show all posts
cetus wowwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2018 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni 2D aja.. kalau scary movie 2 lagi best nike spoofnya {:smile
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.247552 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list