Bahang pengguguran kes rasuah membabitkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersama seorang ahli perniagaan, Phang Li Koon dalam pembelian banglo bawah harga pasaran terus membara.
Memetik laporan China Press, Pemantau Malaysia Baru bakal mengadakan Majlis Pengkebumian Institusi Peguam Negara d depan banguan Pasaraya Sogo pada jam 9 malam ini. Pengerusi Pemantau Malaysia Baru merangkap Majlis Tertinggi UMNO, Dato Lokman Noor Adam memaklumkan perkara tersebut di laman Facebooknya. Menurut beliau, satu laporan polis akan dibuat di Ibu Pejabat Balai Polis Daerah Dang Wangi bersama beberapa organisasi bukan kerajaan pada ketika itu. Tegas beliau, sistem perundangan negara telah berkubur dan bagi rakyat jelata yang mendapati dirinya telah ditipu Pakatan Harapan adalah dialu-alukan menyertai majlis tersebut.
Selain itu, sebelum ini, Dato Lokman menafikan khabar angin yang tular di media sosial mengatakan semua bahagian UMNO diwajibkan hantar 10 orang untuk menyertai majlis pengkebumian tersebut dengan pemberian wang RM100 setiap orang.- CARI
|
7
Bagus |
19
Marah |
16
Terkejut |
4
Sedih |
7
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT