Belum lagi reda dengan isu cukai SST yang menjadi perdebatan di kalangan rakyat Malaysia, kini satu lagi jenis cukai di jangka akan dilaksanakan tidak lama lagi. Suatu perbincangan mengenai pelaksanaan cukai terhadap perniagaan dalam talian di jangka akan berlangsung di antara Kementerian Kewangan dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKM). Dalam satu kenyataan, Timbalan Menteri Kemeterian Komunikasi dan Multimedia menegaskan bahawa pengenalan cukai terhadap perniagaan dalam talian ini baik dan wajar dilaksanakan kerana tiada pihak yang sepatutnya dikecualikan dari sebarang cukai. Menurutnya lagi, cukai adalah satu bentuk sumbangan dan tanggungjawab rakyat buat kerajaan. Buat masa ini kadar cukai yang akan dikenakan masih dalam peringkat perbincangan dan akan di kaji secara terperinci terlebih dahulu. Kenyataan ini di buat sewaktu beliau mengadakan lawatan ke Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri Perak di Kompleks Sultan Nazrin Muizzudin Shah.
Kenyataaan ini turut di sokong Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amirrudin Hamzah. Menurut beliau, kadar cukai yang bakal dikenakan terhadap perniagaan dalam talian sedang dalam pertimbangan pihak kerajaan. Beliau berucap ketika sesi menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang Di Pertuan Agong semalam di Dewan Negara. Apa pula pendapat anda? - CARI
|
17
Bagus |
35
Marah |
38
Terkejut |
34
Sedih |
22
Lawak |
37
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kucingitam replied at 25-10-2018 04:25 PM
dr zaman bn lagi dah sembang nak buat cukai utk peniaga online kan....yg MLM tak kena cukai ke eh? b ...
gigimukelabu replied at 29-10-2018 01:26 PM
Tu kan tak dibenarkan bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid (AJLSAP) 1993. MLM perlu ke ...
ADVERTISEMENT