Kita baru sahaja menyambut Hari Kemerdekaan negara yang ke-61 baru-baru ini. Saban tahun, sambutan kemerdekaan semakin meriah dengan pelbagai idea kreatif daripada masyarakat Malaysia demi memupuk semangat cintakan negara dan menghargai erti kemerdekaan. Sambutan kemerdekaan disambut di mana-mana sahaja pada setiap 31 Ogos setiap tahun. Jalur Gemilang berkibar dan memenuhi segenap tempat di seluruh negara. Begitu juga di sekolah-sekolah, sambutan kemerdekaan yang begitu meriah wajib diadakan untuk mewujudkan perasaan patriotik dalam kalangan pelajar-pelajar. Lebih menarik, pelajar-pelajar turut memakai pakaian yang dihasilkan daripada Jalur Gemilang. Bagaimanapun, isu memakai pakaian yang dijahit menggunakan Jalur Gemilang dilihat tidak wajar oleh sesetengah masyarakat. Seorang pengguna Facebook telah memuat naik status tentang keghairahan rakyat Malaysia menunjukkan semangat patriotik mereka dengan memakai pakaian yang dijahit daripada hasil potongan daripada Jalur Gemilang. Ia seolah mempermainkan kedaulatan Jalur Gemilang! Sudah menjadi trend kanak-kanak sekolah memakai pakaian yang dijahit menggunakan potongan daripada Jalur Gemilang pada sambutan Hari Kemerdekaan. Bukan saja-saja tetapi turut di adakan pertandingan pakaian paling cantik. Jadi, baju-baju sebegitu dijual dan begitu laris menjelang sambutan Hari Kemerdekaan negara. Malah, tukang jahit juga tidak menang tangan untuk menjahit pakaian-pakaian daripada Jalur Gemilang dengan pelbagai rekaan yang dikehendaki pelanggan. Jalur Gemilang dijadikan bahan ejekan Bukan itu sahaja, ia telah dijadikan peluang oleh sesetengah netizen untuk menghina Jalur Gemilang dengan pelbagai cara. Perkara sebegini amat bahaya jika tidak dibanteras dan diambil tindakan. Tidakkah rakyat Malaysia sendiri akan marah apabila rakyat negara lain menghina Jalur Gemilang? Tetapi bagaimana dengan rakyat kita sendiri yang melakukannya? Nak dijadikan seluar dalam pun boleh Isu ini perlu dibendung Rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat lelaki ini dan sangat menyokong agar Jalur Gemilang tidak lagi dipotong dan dijadikan pakaian. Ia bukanlah cara yang terbaik untuk mewujudkan semangat pariotik dalam kalangan rakyat Malaysia. Banyak lagi cara lain yang boleh dilakukan selain mengubah bentuk Jalur Gemilang yang sepatutnya dikibarkan oleh rakyat Malaysia. Mungkin nampak perkara ini remeh tetapi kesannya begitu besar pada pemikiran anak-anak pada masa akan datang. Walaupun ia sekadar suka-suka dan dijadikan memori indah pada anak-anak pada setiap sambutan Hari Kemerdekaan di sekolah. Apa pendapat kalian? - CARI |
25
Bagus |
12
Marah |
15
Terkejut |
12
Sedih |
7
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mily replied at 6-9-2018 12:48 PM
Bkn ada pekeliling kata bleh pakai Hanya Pada Hari Kebangsaan sahaja.
shernazz replied at 6-9-2018 01:12 PM
Ekceli uols bawak bendera tu kalau sentuh ke lantai pon salah ..
Cm menyerahnkalahnke gitu
Iols br ...
ADVERTISEMENT