Sejak media sosial menjadi platform bebas untuk menyampaikan pandangan, nasihat atau pun kritikan, ramai netizen menggunakan kesempatan itu untuk meluahkan pendapat termasuklah golongan remaja (BBNU), artis, ahli politik mahupun pendakwah. Antara pendakwah yang banyak menggunakan media sosial adalah bintang yang lahir daripada program realiti TV seperti Pencetus Ummah (PU) dan Daie. Mereka akan menjawab permasalahan netizen serta menegur isu-isu sensitif seperti golongan LGBT dan pelbagai lagi. Bagaimanapun, apabila ada segelintir PU yang menegur dengan tidak berhemah sekaligus tidak membuat kajian membuatkan warga Twitter terutamanya berasa sangat marah. Ini kerana, teguran tersebut lebih kepada memerli berbanding menasihati.
Akhir-akhir ini muncul pula trend baru di Twitter iaitu menggunakan nama PU sebagai pangkal nama mereka membuatkan ramai yang kehairanan. Apakah motif segelintir 'PU' ini sebenarnya? Menurut netizen, nama PU menjadi trending kerana perangai segelintir golongan pendakwah millenial ini hanya menunjukkan kesalahan ummah semata-mata tanpa memberikan penyelesaian. Malahan tuduhan tersebut sebenarnya langsung tidak berasas. Jadi, nama PU adalah sebagai trolling atau menyindir pendakwah ini bahawa mudahnya untuk mendapatkan gelaran tersebut seterusnya menyindir masyarakat. Lebih menyedihkan kerana nama PU yang digunakan tetapi perangai mereka langsung tidak menggambarkan personaliti atau pun ada sahaja yang membuat lawak sarcasm menggunakan pendekatan agama. Jadi, apa sebenarnya maksud PU bagi golongan ini? Di sebalik ramai remaja yang memerli PU ini, masih ada yang merasakan tindakan kaki troll ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia merosakkan nilai-nilai agama itu sendiri. Usah menangguk di air keruh. Takkan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga? Melihat kepada budaya trolling dan sarcasm ini sudah menjelaskan bahawa masyarakat kita lebih senang memerli berbanding mencari penyelesaian dalam sesuatu isu. Mungkin ada Dai atau PU yang berlagak suci atau pun rasa diri mereka bagus tetapi pastinya tidak kesemua pendakwah begitu. Masih ada pendakwah yang menggunakan pendekatan lemah lembut hingga dikagumi ramai netizen. Jadi, sebagai public figure, PU yang sebenar haruslah lebih berhati-hati kala memberi pandangan atau nasihat serta memberi teladan yang baik kepada warga netizen yang sebenarnya dahagakan ilmu pengetahuan ini. - CARI |
29
Bagus |
28
Marah |
22
Terkejut |
21
Sedih |
70
Lawak |
32
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT