CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2547|Reply: 1

"Perosak Ummah Atau Penunggang Ugama?" - Gelaran PU Jadi Bahan Trollin

[Copy link]
Post time 6-9-2018 11:03 AM | Show all posts |Read mode







Sejak media sosial menjadi platform bebas untuk menyampaikan pandangan, nasihat atau pun kritikan, ramai netizen menggunakan kesempatan itu untuk meluahkan pendapat termasuklah golongan remaja (BBNU), artis, ahli politik mahupun pendakwah.


Antara pendakwah yang banyak menggunakan media sosial adalah bintang yang lahir daripada program realiti TV seperti Pencetus Ummah (PU) dan Daie. Mereka akan menjawab permasalahan netizen serta menegur isu-isu sensitif seperti golongan LGBT dan pelbagai lagi.



Bagaimanapun, apabila ada segelintir PU yang menegur dengan tidak berhemah sekaligus tidak membuat kajian membuatkan warga Twitter terutamanya berasa sangat marah. Ini kerana, teguran tersebut lebih kepada memerli berbanding menasihati.


Akhir-akhir ini muncul pula trend baru di Twitter iaitu menggunakan nama PU sebagai pangkal nama mereka membuatkan ramai yang kehairanan. Apakah motif segelintir 'PU' ini sebenarnya?





Kredit foto: Twitter



Kredit foto: Google




Menurut netizen, nama PU menjadi trending kerana perangai segelintir golongan pendakwah millenial ini hanya menunjukkan kesalahan ummah semata-mata tanpa memberikan penyelesaian. Malahan tuduhan tersebut sebenarnya langsung tidak berasas.



Jadi, nama PU adalah sebagai trolling atau menyindir pendakwah ini bahawa mudahnya untuk mendapatkan gelaran tersebut seterusnya menyindir masyarakat.













Kredit foto: Google




Lebih menyedihkan kerana nama PU yang digunakan tetapi perangai mereka langsung tidak menggambarkan personaliti atau pun ada sahaja yang membuat lawak sarcasm menggunakan pendekatan agama.


















Jadi, apa sebenarnya maksud PU bagi golongan ini?













Kredit foto: Google




Di sebalik ramai remaja yang memerli PU ini, masih ada yang merasakan tindakan  kaki troll ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia merosakkan nilai-nilai agama itu sendiri.  Usah menangguk di air keruh. Takkan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga?









Melihat kepada budaya trolling dan sarcasm ini sudah menjelaskan bahawa masyarakat kita lebih senang memerli berbanding mencari penyelesaian dalam sesuatu isu. Mungkin ada Dai atau PU yang berlagak suci atau pun rasa diri mereka bagus tetapi pastinya tidak kesemua pendakwah begitu. Masih ada pendakwah yang menggunakan pendekatan lemah lembut hingga dikagumi ramai netizen.



Jadi, sebagai public figure, PU yang sebenar haruslah lebih berhati-hati kala memberi pandangan atau nasihat serta memberi teladan yang baik kepada warga netizen yang sebenarnya dahagakan ilmu pengetahuan ini.  - CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2018 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Paling menyampah pu amin...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:15 PM GMT+8 , Processed in 0.278537 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list