Kedua-dua belah mata Mala yang merah berkemungkinan mengalami pendarahan kesan daripada cubaan samun di kedainya dalam kejadian di Kampung Sungai Ikan, Tepoh.
11 September 2013 KUALA TERENGGANU- “Saya ibarat mati hidup semula kerana semasa leher dijerut dengan tali kasut oleh penjenayah itu, saya memang langsung tidak boleh bernafas dan ‘mati’ seketika,” demikian cerita Mala Abdullah, 60. Mala menceritakan detik mengerikan ketika nyaris disamun oleh seorang lelaki dikenali dalam satu kejadian di kedai makan miliknya di Kampung Sungai Ikan, Tepoh, di sini, kelmarin. Ibu kepada sembilan anak itu berkata, semasa kejadian iaitu kira-kira jam 4.25 petang, dia sedang sibuk membuat persiapan menyediakan bahan masakan di dapur bersendirian sebelum didatangi suspek berusia 20an.
“Sejurus masuk ke dalam kedai, dia memberitahu hendak membeli kertas pasir dan memang ada juga dijual di kedai saya. “Saya terus pergi mengambil barang yang ingin dibelinya di rak bahagian belakang kedai dan ketika itu, saya memang sedar dia mengekori dari belakang tetapi langsung tidak menyimpan syak,” katanya ketika ditemui di wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam. Bagaimanapun katanya, ketika hendak mencapai barang berkenaan, dalam sekelip mata dia ternampak tali kasut berwarna hitam di depan mata sebelum lehernya dijerut dari belakang oleh suspek. “Terkejut dengan situasi itu, saya cuba melawan dengan menarik tali kasut berkenaan, namun semakin kuat saya tarik, semakin kuat juga dia menjerut leher sehingga saya langsung tidak boleh bernafas. “Bagaimanapun, saya masih sempat menjerit sekuat hati meminta tolong sebanyak tiga kali, namun, usaha saya gagal kerana kebetulan, memang tiada sesiapa di kawasan kedai,” katanya. Katanya, dia langsung tidak tahu dari mana datangnya kudrat melawan suspek dengan mencekik lehernya sekuat hati pada hal ketika itu suspek bukan sahaja menjerut lehernya, malah dalam masa sama turut memijak badannya yang terbaring. “Saya mencekik lehernya yang ketika itu berada di atas badan saya sekuat hati sebelum dia melepaskan jerutan di leher dan melarikan diri. “Saya nampak dia melarikan diri dengan sebuah motosikal yang berada di luar kedai sebelum meminta bantuan jiran terdekat,” katanya. Kesan daripada kejadian itu, Mala mengalami bengkak di leher, calar di muka dan berkemungkinan pendarahan di kedua-dua belah matanya. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan polis telah mengenal pasti suspek. “Kes disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cubaan samun,” katanya.
|
tongkatwaran75 posted on 11-9-2013 02:11 PM
Kesan calar di bahagian muka Mala akibat terkena jerutan tali kasut digunakan suspek.
jonlabu posted on 11-9-2013 03:20 PM
org kola ganu buat onar ni @airfilterbersih
ADVERTISEMENT