Polis Rusia sedang menyiasat satu dakwaan remaja lelaki memenggal kepalanya sendiri dengan gergaji rantai selepas kalah dalam permainan komputer.
Memetik The Sun, laporan mengatakan Pavel Mateev, 15, dilihat masuk ke laman rumahnya pada pagi Isnin sebelum dia menghidupkan gergaji rantai dan memenggal kepalanya sendiri. Kematian mangsa disiasat sebagai kes bunuh diri. Menurut sumber seperti dipetik media tempatan, Mateev dipercayai mengalami ketagihan teruk terhadap permainan komputer yang dibeli ibunya. Namun, tidak dapat dikenal pasti jenis permainan berkenaan. Rangkaian televisyen NTV melaporkan, remaja dari wilayah Tomsk itu menghabiskan masa hingga berjam-berjam untuk bermain permainan terbabit.
Terdahulu, pihak berkuasa Rusia pernah berdepan sebuah kumpulan yang didakwa menghasut kanak-kanak dan remaja untuk membunuh diri ketika bermain permainan di atas talian. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada kematian Mateev ada kaitan dengan gerakan kumpulan itu. Sebahagian kumpulan ini menawarkan permainan dikenali sebagai 'Blue Whale' yang didakwa berupaya menghasut mangsa untuk membunuh diri dengan memberi arahan kepada pemain untuk menyelesaikan 50 masalah termasuk mencederakan diri sendiri hingga berakhir dengan bunuh diri. Lebih membimbangkan, akhbar tempatan sebelum ini mendakwa hampir kesemua 130 mangsa bunuh diri kanak-kanak di Rusia antara November 2015 dan April 2016 merupakan ahli kumpulan permainan di atas talian. Ketua anti jenayah komputer Alexey Moshkov berkata, pihaknya mengesan 1,339 kumpulan permainan bunuh diri di atas talian pada 2017 dengan jumlah ahli lebih 12,000 pengguna dan lebih 200,000 posting. - CARI
|
23
Bagus |
19
Marah |
38
Terkejut |
35
Sedih |
21
Lawak |
32
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
matchstick replied at 5-9-2018 11:23 AM
Ngeri nya cara ko bunuh diri dek.. Telan ubat tdo or terjun sungai je x boleh ke
ADVERTISEMENT