CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Walaupun Selepas 20 Tahun, Pelakon Betty La Fea Masih Dibayangi Watak Lama

5-9-2018 11:56 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 6621| Komen: 10|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Setelah hampir 20 tahun berlalu, pelakon Colombia, Ana Maria Orozco mengakui masih dibayangi wataknya Betty La Fea yang menjulang namanya sebagai antara pelakon telenovela paling popular pada penghuju ...

Setelah hampir 20 tahun berlalu, pelakon Colombia, Ana Maria Orozco mengakui masih dibayangi wataknya Betty La Fea yang menjulang namanya sebagai antara pelakon telenovela paling popular pada penghujung tahun 1990an dan awal 2000.

 

Kredit Foto: Tribun Manado

Memetik majalah People En Espanol, Ana berkata walaupun melakonkan pelbagai watak sepanjang 20 tahun kerjaya lakonannya, tidak ada yang dapat menandingi impak watak Betty dalam hidupnya.

 

Kredit Foto: People

Dalam siri Betty La Fea, wataknya sebagai seorang gadis lugu yang hodoh telah menjadi bualan peminat seluruh dunia sehingga menjadi inspirasi kepada banyak siri baru atau adaptasi antaranya La Fea Mas Bella (Mexico) dan Ugly Betty (Amerika Syarikat). 


Susulan lakonan mantapnya dalam siri itu Ana menerima anugerah International Female Personality pada tahun 2002 dan Actress of the Year pada tahun 1999.


 

Kredit Foto: People

Selepas tamatnya siri itu, Ana memutuskan untuk berhenti berlakon telenovela dan mencuba bakatnya ke layar perak pula tetapi hanya berpeluang untuk berlakon dua filem antaranya El Colombian Dream (2003) dan El Raton Perez (2006). 


Berasa kecewa, Ana memutuskan untuk berehat sementara kerana tawaran demi tawaran yang diterimanya hanyalah siri telenovela yang membosankannya.


 

Kredit Foto: Instagram

Walau bagaimanapun tawaran membintangi siri Killer Women dan watak sampingan dalam Desperate Housewives telah membuka semula hati Ana untuk berlakon siri TV.  Sejak tahun 2014, Ana telah membintangi 4 siri telenovela dan yang terbaru adalah siri Simona (2018)  di mana beliau memegang watak pembantu. Bagaimanapun hampir semua siri itu tidak meledak seperti Betty La Fea.

 

Kredit Foto: People

Baru-baru ini Ana dan para pelakon telenovela tersebut telah mengadakan sebuah mini reunion dengan melakonkan sebuah sketsa pendek berdasarkan siri Betty. Nampaknya kerjaya lakonan Ana Maria Orozco akan terus dibayangi Betty La Fea. -CARI

34

Bagus
40

Marah
31

Terkejut
27

Sedih
53

Lawak
29

Bosan

Friends Rank (214 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 5-9-2018 12:32 PM
Seseorang pelakun tu selalu diingati dengan watak yang paling berkesan pernah dilakunkannya berbanding watak2 lain jadi tak hairan kalau watak lakunan lamanya jugak sentiasa dikenang
Quote Skuau 5-9-2018 12:50 PM
kat Malaysia ni...'lakonan' luar filem/drama retis 'sentiasa boleh jual'...haha....
Quote BoLapciOus 5-9-2018 12:57 PM
Suka giler cite betty la fea ni..owh kenangan!!
Quote goss79 5-9-2018 02:15 PM
iols minat giler citer ni dulu.  walaupun kadang bongok juga jln citer nye. bila remake versi omputeh terus x best
Quote cikpah27 6-9-2018 09:55 AM
aku bagi nama kucing aku Betty sempena nama watak ni la.. dengan harapan bila dah besar nanti rupa elok tak hodoh macam masa mula2 datang..
Quote mieymiey 6-9-2018 12:48 PM
Gambar reramai kat bawah tu, terserlah betul muka Betty dia.
Quote limau 6-9-2018 04:27 PM
drama ni mmg fav aku...

kdg2 menyampah gak tgk muka hodoh dia dlm drama tu...hahahahahah

Quote nadie90 8-9-2018 08:07 AM
Kertu2 dah smua....tp telenovela ni mmg best la....smpai astro repeat 2 kali kat channel Bella tu pun dok buka tgk jgk....

Wtk Betty tu mmg ssh nak hilg....sbb make up hodoh tu yg org igt smpai skg
Quote lurve82 10-9-2018 09:41 PM
giler best citer ni dulu...pakat dgn kwn2 lari balik dr kuliah terus tgk tv kat bilik tv...huhuhu...tq betty menceriakan zaman muda ku...mana kwn lelaki dia yg hodoh jgk tu? padahal penyanyi...hensem...
Quote awexgaban7 27-11-2018 11:54 PM
Betty masih lawa

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.059802 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top