Foto lelaki dikehendaki polis menjadi tular di Internet apabila gaya rambutnya yang menyerupai watak filem Star Wars, 'Princess Leia' menjadi bahan jenaka netizen. Polis Hillingdon, United Kingdom menyiarkan poster kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat mengenai Joseph Longman, 19, yang dikehendaki kerana melakukan jenayah serius. Bagaimanapun, orang ramai lebih berminat untuk mengulas mengenai gaya rambut Joseph berbanding maklumat dikehendaki polis.
Netizen menyamakan potongan rambutnya sama seperti watak ikonik Star Wars yang mengalami hari malang. Fabrice Richard Favre menulis, “Apakah kesalahan dilakukannya? Adakah kerana dia menyamar menjadi Princess Leia versi hodoh?” Richard York pula berkata, "Saya rasa seperti pernah melihatnya dalam siri Star Wars”, manakala David Bruyea menambah, “Adakah itu Princess Leia?” Netizen lain turut membalas komen-komen tersebut menyebabkan lebih banyak punch line yang menggelikan hati. Sementara itu, Sammy R berseloroh, “Puteri Leia pada hari malang. Bagaimana anda tidak dapat mencari seorang lelaki berjalan di tempat awam dengan gaya rambut Princess Leia? Ini mustahil.” Pun begitu, netizen tidak hanya membandingkan Joseph dengan Leia Organa, watak yang dilakonkan Carrie Fisher itu. Ada juga yang memberitahu polis untuk 'mencari' Joseph di Disneyland kerana Minnie Mouse sedang menunggunya memandangkan rambutnya persis telinga Mickey Mouse. Boleh tahan kelakar netizen di luar negara ya. Tidak jauh berbeza dengan rakyat Malaysia yang suka 'membahan'. - CARI
|
13
Bagus |
22
Marah |
27
Terkejut |
20
Sedih |
35
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT