CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gara-Gara Gaduh Dengan Abang, Remaja Perempuan Tinggalkan Rumah

29-8-2018 11:19 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3953| Komen: 31

Astro Awani melaporkan, seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dilaporkan hilang dari rumahnya di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras semalam.

Kredit foto: www.bharian.com.my


Remaja terbabit, Farah Amani Mohammad Fauzi, disedari hilang selepas ibunya mendapati remaja tingkatan tiga itu tidak ada dalam biliknya ketika ingin mengejutkan untuk solat subuh kira-kira pukul 6 pagi hari ini.

Bapanya, Mohammad Fauzi Abd. Wahab berkata, kali terakhir anak bongsu daripada dua beradik itu dilihat kira-kira pukul 11 malam sebelum dia masuk ke bilik untuk tidur.

“Kami memang tak ada masalah. Cuma abang dia selalu tegur adik dia ni. Mereka pun dua beradik sahaja."

"Jadi, abang akan tegur kalau adik dia balik lambat. Semalam dia balik lambat, itu yang abang dia tegur tu.“ 


Mohammad Fauzi turut memaklumkan, satu nota ditinggalkan anaknya yang meluahkan rasa tidak puas hati susulan perbalahan dengan abangnya dan meninggalkan rumah.

Difahamkan juga kira-kira pukul 5 petang, Farah ada menghantar mesej kepada ibunya bahawa dia sedang berada di Seremban dalam kelaparan.

Namun apabila bapanya cuba menelefonnya, panggilan itu tidak dijawab.

Satu laporan polis juga telah dibuat oleh bapanya di Balai Polis Tun Hussein Onn. 

ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff mengesahkan menerima laporan dan usaha mengesan remaja terbabit sedang giat dijalankan.

Kepada orang ramai yang mempunyai maklumat megenai Farah Amani boleh terus menghubungi Mohammad Fauzi di talian 013-208 3747 atau isterinya Zaleha di talian 019-6688705.- CARI
14

Bagus
28

Marah
14

Terkejut
25

Sedih
19

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (113 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 29-8-2018 11:23 AM
dah pandai lari rumah, tak pandai cari mkan pula....kelaparan
Quote Foxey 29-8-2018 11:24 AM
amendeee arrr budak2 ni. kena tegur je, lari. gaduh, lari. kecik ati, lari. lari tu nak ke mana dik oiii...
Quote fox. 29-8-2018 11:27 AM
tuh orang kata rugi kalau merajuk. tengok, dah kelaparan
Quote moonbug 29-8-2018 11:27 AM
Ramainya budak perempuan lari dari rumah lately ni
Quote chazey 29-8-2018 11:29 AM
Ok la. Adik stoden akak dolu, gaduh ngan kakak, terus pi gantung diri.
Quote chazey 29-8-2018 11:31 AM
Foxey replied at 29-8-2018 11:24 AM
amendeee arrr budak2 ni. kena tegur je, lari. gaduh, lari. kecik ati, lari. lari tu nak ke mana dik  ...

Bebudak zaman smartphone memang gitu chuols. Hati tisu tak kental ala2 Haqiem Rusli.
Quote myakayina 29-8-2018 11:31 AM
abg tegur utk kebaikan..beruntung ada abg yg nak tegur dari jenis yg buat tak tau jer..
Quote Telolet 29-8-2018 11:31 AM
hopefully selamat jumpa nanti. n adik ni harapnya belajar la dari kesilapan ni. nak marah lebih-lebih pun, budak-budak kan diorang apa je tau.
Quote krustykrab 29-8-2018 11:31 AM
byk sgt tgk drama lari dari rumah, pastu jumpa org kaya hensem ajak kawin....dpt anak, mentua baik..the end


mcm citer merepek aida jebat pukul 7, senang2 je datuk datin ambik tua bangka jadi anak angkat
Quote minguk 29-8-2018 11:33 AM
nasib baik jenis ada abang yang caring.. kalau abamg lain siap sama naik balik lewat agaknya.. bersyukur la sikit you!
Quote CardiGans85 29-8-2018 11:50 AM
Ok apa kena tegur. Pernah sekali saya lambat balik masa sekolah menengah dalam pkl 7pm, memang kena marah bertalu2 dengan abang2 dan kakak.

Lepas tu, kalau apa2 saya pesan awal2 supaya mereka tak risau. Boleh pesan suruh ambil lagi hehehe
Quote BoongaKertas 29-8-2018 11:54 AM
ya Allah dik, nyusahkan org jer kome ni. napelah ikutkan sangat emosi tu dik oiii
Quote umbut 29-8-2018 11:59 AM
Abg pun mulut kdg mcm celaka.. benci abg2 yg over.. bossy...
Quote kucingitam 29-8-2018 11:59 AM
takpe makcik..jap lagi dia balik la tu..dah kelaparan tu..
Quote hibernation 29-8-2018 12:02 PM
Manis budak tu, semoga selamat dan lepas ni insaf tak buat perangai lagi dahh...

terlebih manja n terlebih drama....tegur, marah sket dah buat keputusan drastik, menyusahkan mak ayah, ish3
Quote shernazz 29-8-2018 12:16 PM
Amboi adek
Sampai seremban dengan.sapa.tu?
Nnt.gi cek.kat hospital.kajang
Kot kot ape ape jadi khen..
Quote buragazz 29-8-2018 12:22 PM
Lari ler dik.. lari ler selagi boleh.. make sure klu apa jadi jgn ko meratap merayu pulak.. balik2 nanti tambi sudah ada dalam.. dah tak guna...
Quote BoLapciOus 29-8-2018 12:56 PM
Haish..jgnla buat bkn2,nyesei idok bguna..lari dlm kepokaian ap yg ko dpt dik non..wasting time,nti da tua menung balik msti nyesal
Quote prettyuglybabe 29-8-2018 01:43 PM
untung la ada abang yang concern pasal ko dek..
jangan bila nasi dah jadi bubur, baru nak menyesal tak dengar cakap orang tua..

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.102307 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top