|
Kumpulan pop terkenal daripada United Kingdom, Spice Girls mengesahkan konsert reunion mereka pada tahun 2019 tetapi Victoria Beckham tidak akan mengambil bahagian, menurut sumber. Menurut akhbar The Sun, Simon Fuller, bekas pengurus kumpulan pop wanita itu yang terdiri daripada Melanie Brown, Melanie Chisholm, Emma Bunton, Geri Halliwel dan Victoria Beckham, akan mengetuai penganjuran konsert sebanyak 13 tarikh termasuk 3 pertunjukan di Stadium Wembley. Setiap anggota Spice Girl dijangka menerima bayaran sebanyak 12 juta pounds. Sumber itu memberitahu bahawa perjanjian konsert akhirnya berjaya ditandatangani setelah proses perbincangan yang panjang. Walau bagaimanapun, Victoria Beckham atau Posh Spice tidak akan turut serta dalam jelajah reunion itu. Walaupun tidak ada sebarang sebab diberikan Victoria, Simon Fuller memberitahu Posh Spice dari dahulu lagi tidak selesa menjadi salah seorang anggota Spice Girl. 'Victoria jarang merasa gembira ketika bersama kumpulan sehinggalah beliau keluar, berkahwin dengan David Beckham dan meluncurkan kerjaya solo ' Simon menambah. Spice Girl berpecah pada tahun 2000 tetapi pernah mengadakan konsert reunion sekitar tahun 2007-2008. Kali terakhir mereka mengadakan persembahan bersama ialah pada penutupan Sukan Olimpik di London pada tahun 2012. Awal Februari tahun ini, kesemua anggota Spice Girl termasuk Victoria telah mengadakan seisi photoshot untuk sebuah penerbitan yang mengundang spekulasi; adakah Victoria boleh dipujuk untuk turut serta? Jika tidak, adakah Konsert Reunion Spice Girls tanpa Victoria akan mendapat sambutan? - CARI |
|
7
![]() Bagus |
6
![]() Marah |
5
![]() Terkejut |
7
![]() Sedih |
5
![]() Lawak |
5
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity
Sang_Pencinta: Tapi antara ramai2 member Victoria memang tak boleh menyanyi pun kan?
noraidil_06: Victoria itu sgt membolehkan
dari zaman sekolah dialah pengkhianat keluar Spice Girl yang pertama.. ooo zaman remajaku.. aini_peza replied at 27-2-2019 04:02 PM
Yg tak terlibat mungkin dah berhijrah pakai tudung taknak seksi meksi.. Eh..silap ltu elite{:thief









Roan: Aku masih dendam ngan Geri Halliweldari zaman sekolah dialah pengkhianat keluar Spice Girl yang pertama.. ooo zaman remajaku.. Ha ha ha ha haYo ...
. Mengimbas kenangan zaman kanak2 sangat Spice Girls ni. Movie dorang yg hauk tu pun aku siap beli VCD & simpan sampai sekarang hokey 


aini_peza replied at 27-2-2019 04:02 PM
Yg tak terlibat mungkin dah berhijrah pakai tudung taknak seksi meksi.. Eh..silap ltu elite{:thief

Sang_Pencinta replied at 27-2-2019 12:54 PM
Tapi antara ramai2 member Victoria memang tak boleh menyanyi pun kan?
ADVERTISEMENT