Pesanan kepada ibu-ibu di luar sana, lampin bayi yang bernajis selepas ini boleh disimpan dan dimanfaatkan untuk kesihatan. Eh, macam mana tu? Menurut News.Sky seperti dipetik mStar Online, hasil kajian terhadap tikus mendapati sistem ketahanan tubuh lebih kuat melawan penyakit selepas diberikan probiotik yang terkandung dalam najis bayi. "Najis bayi mengandungi probiotik yang dapat meningkatkan kesihatan usus dan melawan pelbagai penyakit," kata para saintis. Sebuah kajian dijalankan Sekolah Perubatan Wake Forest, utara Carolina dan diterajui Dr Hariom Yadav mendapati, 'koktel' probiotik yang diperbuat daripada bakteria usus yang ditemui pada najis bayi dikatakan dapat meningkatkan kesihatan dan membantu menurunkan berat badan. Pasukan saintis dari Amerika Syarikat itu mengatakan bahawa najis bayi mungkin menjadi kunci untuk melawan pelbagai penyakit. Menurut mereka, orang yang mengalami kembung perut atau pencernaan yang kurang baik sering dinasihatkan untuk memakan makanan yang mengandung probiotik seperti yogurt dan sauerkraut. Probiotik adalah bakteria dan ragi hidup, dan sering digambarkan sebagai bakteria baik. "Bayi biasanya cukup sihat dan jelas tidak mengalami penyakit yang dialami orang dewasa seperti kencing manis dan kanser. "Orang yang mengidap kencing manis, obesiti, gangguan autoimun dan kanser kerap mempunyai sedikit asid lemak rantai pendek," kata Dr Yadav. Tambahnya, meningkatkan kandungan asid ini mungkin membantu dalam mengekalkan atau memulihkan usus dan kesihatan mereka. - CARI
|
25
Bagus |
38
Marah |
21
Terkejut |
20
Sedih |
32
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT