Free Malaysia Today melaporkan, bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman yang ditahan polis semalam dijangka mengangkat sumpah sebagai Adun Sungai Sibuga petang ini.
Menurut Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Syed Abas Syed Ali, Musa Aman melalui pembantunya memaklumkan pejabatnya beliau mahu mengangkat sumpah hari ini. “Mereka berjanji akan hadir di pejabat hari ini. Jadi, kami sedang membuat persediaan seperti biasa.” Beliau bagaimanapun berkata, tiada pengesahan sehingga kini sama ada upacara itu akan diadakan hari ini. “Jika beliau datang, kami akan teruskan dengan upacara itu."
“Kami tidak tahu sama ada ia akan diadakan hari ini, tetapi mereka berjanji akan datang hari ini. Jika bukan hari ini, kami boleh menjadualkannya semula.” Tan Sri Musa Aman wajib angkat sumpah sebagai Adun selewat-lewatnya pada 11 September atau beliau akan kehilangan kerusi DUN Sungai Sibuga yang dimenanginya dalam pilihan raya umum lalu.- CARI |
27
Bagus |
32
Marah |
29
Terkejut |
27
Sedih |
37
Lawak |
37
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT