Berikutan pemandu teksi mengadu dirinya mengantuk sangat ketika berhenti di lampu isyarat merah, seorang penumpang terpaksa menjadi pemandu membawa sendiri teksi itu ke destinasi yang diingini.
Situasi yang pelik tapi melucukan itu berlaku di Bangkok dan kini dilaporkan menjadi tular apabila penumpang yang dikenali sebagai Santiphap Khunchanmee itu berkongsi gambar kenangan dengan pemandu teksi tersebut di Facebooknya. Loading FB Post... Memetik laporan mStar, postingnya yang tular dan mendapat lebih 5,000 perkongsian dalam sehari itu bagaimanapun tidak dibuka untuk orang ramai untuk memberi komen.
Sehubungan itu, difahamkan walaupun memandu sendiri, Khunchanmee tetap dikenakan tambang penuh 300 baht (RM37.50), satu kadar yang dianggap mahal di Thailand. Namun demikian, rata-rata kawannya memuji dirinya kerana menawarkan bantuan untuk memandu. Dalam rekod, ini bukan kejadian pertama kerana seorang lelaki lain turut mendakwa dia mempunyai pengalaman yang sama dan berkongsi gambar selfienya dengan seorang pemandu teksi yang sedang tidur di tempat duduk penumpang.- CARI
|
22
Bagus |
24
Marah |
16
Terkejut |
24
Sedih |
16
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
matkpop replied at 24-8-2018 03:06 PM
lol kesian. sendiri drive pun kena bayar tambang penuh.
ADVERTISEMENT