CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Dahla Remake K-Drama, Pelakon Tak Best Langsung!

24-8-2018 02:12 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 25373| Komen: 155|Original author: Oleh: Azza





"Alahai, adaptasi K Drama ke? Asyik remake ja, bukannya best pun."

Drama Korea atau lebih dikenali dengan K-Drama memang sangat menghantui peminat cerita realiti termasuklah di Malaysia. Ini kerana pelbagai faktor seperti jalan cerita anti cliche, pelakon berkarektor, latar belakang kerjaya dikupas terperinci serta kisah cinta romantik menjadi nadi kejayaan sesebuah drama.

Ia membuatkan banyak negara mengadaptasi drama Korea popular kepada produksi mereka sendiri. Di Malaysia pula, kita sudah ada My Cofee Prince hasil dari adaptasi Cofee Prince dan terbaharu ialah drama berjudul Alamatnya Cinta yang dikatakan 40 peratus menyamai drama bersiri Full House.


Di sebalik keterujaan ramai peminat mahu menyaksikan versi Malaysia, nampaknya peminat setia drama asli ini mendakwa babak drama ini terlalu biasa, ditambah dengan pelakon yang kononnya tidak sesuai memegang watak utama membuatkan ia seperti drama tipikal Melayu.


Watak utama Rain dan Song Hye Kyo - Foto : Google

Watak utama Hannah Delisha dan Hisham Hamid- Foto Google

Maklumlah, kebanyakan yang memberi komen ini datangnya daripada peminat Full House itu sendiri.









Foto Google

Hai, sampai Hisham Hamid pun dikatakan tidak sesuai menggantikan tempat Rain. Mungkin kerana mereka mahukan pelakon berkulit cerah dan persis orang Korea memegang watak tersebut, misalnya Aiman Hakim. Dan, pelakon yang memperjuangkan LGBT?



Selain membandingkan karektor, mereka juga menyatakan drama versi Malaysia ini tidak akan sehebat drama asal atau sekurang-kurangnya menyamai drama remake dari Thailand.


Foto Google

Susah juga untuk membuat cerita yang disukai ramai kan? Siap drama My Cofee Prince pun terpalit sama. Kata mereka drama lakonan Fattah Amin dan Janna Nick itu sangat 'hard try'. Apatah lagi apabila mendengar ada sebuah lagi K-Drama sedang menjalani penggambaran iaitu Oh! My Venus lakonan Nazim dan Aishah yang entah bagaimana nanti kesudahannya.

Bagaimanapun, di sebalik kritikan peminat K-Drama, ia tidak mematahkan semangat pencinta drama Melayu yang teruja menonton Alamatnya Cinta ini.







Kredit foto: Google


"Kalau versi Malaysia, mereka ni tak kena serbu Jakim ke?"
Pertanyaan yang comel tapi ia memang realiti kerana drama ini juga seolah-olah membenarkan gaya hidup bebas. Namun, sekali lagi ia adalah sebuah drama adaptasi, jadi penonton harus memahami ia cuba disesuaikan dengan situasi Malaysia. Sementelah tidak semua babak boleh dimasukkan.
Namun, perbandingan drama asli dengan drama adaptasi adalah perkara biasa dan tidak dapat dielakkan. Ia menjadi luar biasa jika drama Alamatnya Cinta ini menjadi fenomena hingga mengalahkan drama asli dari Korea ini. Kita sama-sama nantikan ya. - CARI 
18

Bagus
29

Marah
17

Terkejut
13

Sedih
12

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (111 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lailahanna88 24-8-2018 02:17 PM
aku tak kenan la hisyam hamid ni, major turn off.. rasa mcm tak layak dah pegang watak hero muda
tapi hannah delisha tu comel lawa

maybe pasni boleh remake drama latin pulak contoh la ursupadora ke.. pastuh amek uqasha dgn nely
Quote Badigol 24-8-2018 02:20 PM
Sgt xbest..dlu coffee prince ok lgi..still boleh layan.tp full house MY ni..tgk 1 episode je lps tu stop dh..hero heroin out..mcm xde chemistry je.
Quote ekselen 24-8-2018 02:23 PM
Hahaha...drama tu byk kosongnya. And pelakon xde chemistry atau xsesuai kot. Pilihla yg lebih kurg padan dan jgk skrip pun biarlah strong ni mcm hmmm. Full House tu bknla drama berat mana pun, mudah sgt nk kopiket tu pun xle pun xle nk bg betul2 hit.. Tgk x tgk je lahhh
Quote ninyahnoks 24-8-2018 02:27 PM
Nyah suka citer ni. Better than original.
The best part, jalan citer macam inspired by real story artis malaysia...
Quote Sayawanieta 24-8-2018 02:36 PM
Kalau versi thailand comel nawwww om am tu
Quote ira_229 24-8-2018 02:41 PM
Edited by ira_229 at 24-8-2018 02:44 PM

rasa kecewa mcm tak kena...banyak watak2 yg cute ditiadakan...
padahal cerita full house lah yg buat i mula2 melekat pd drama korea..bayar mahal2 utk remake drama korea last2 jadi drama siok sendiri..
at least coffee prince seakan2 jugak..
baik layan movie crazy rich asians..(hero dia handsome..! akak suka )
Quote inusya 24-8-2018 02:43 PM
Bkn ptt aiman ke watak heronya..
Quote syidasaleh 24-8-2018 02:44 PM
ninyahnoks replied at 24-8-2018 02:27 PM
Nyah suka citer ni. Better than original.
The best part, jalan citer macam inspired by real story a ...

Okay nak tau sapa.
Quote mamapea 24-8-2018 02:50 PM
aku layan je...so far ok je pun...x pyh la nak mengharapkan sama mcm drama korea tu...tgk enjoy2 dh la...
Quote buapakperut 24-8-2018 03:06 PM
kat malaya ada ke pelakon lelaki cute tapi tak lembutss? iols cadangkan berbalik ajala pada drama typical malay huhuhueww
Quote weezerfan 24-8-2018 03:07 PM
Hero kertuuuuu x sesuai lnsg
Quote dekmieDandy 24-8-2018 03:28 PM
Full House ni drama korea yg first aku betul2 layan sebab dulu2 ingat korea ngan jepun tu sama
Quote imanda 24-8-2018 03:31 PM
dah kalo cite korea biolaa org korea blakon
nih org melayu, blakon jela drama melayu.
hero heroin pon org spore apehal lak nk ckp drama msia? ahahaha
apsal xamik sofi jikan jadi hero n heroin jihan muse..confirm2 cite je adapt tp pelakon2 gasaklah nak pakai sape asalkan org msia ekekeke
Quote ninyahnoks 24-8-2018 03:31 PM
Lepas malaysia buat version baru ni..nampakla jalan citer version korea tu cam bomgok sket. Hisyam hamid ok jer..takder la kertu. Hana tu pun comel.
Quote kakasotong2 24-8-2018 03:37 PM
Meols tgk smlm buat pertama kali nya. Ku gagahkan diri gak tengok walau tengok tajuk dah turn off sangat. Awat pprt benor tajuk tu?

Alicia amin tu SUPER DUPER KAYU habis berlakon. Sape yg benak sangat ambik dia berlakon ni?

Cerita ni meols terasa nak tengok sebab ada Yusry je. Tp semalam yusry takde pong
Quote azimodin 24-8-2018 03:44 PM
penerbit kena belajar dengan produksi thailand / Cina cara nak buat remake yang bagus. Antara remake yang agak bagus

1. Kill me heal me - seven-faced men (China), Highly reccommended
2. You are my destiny - taiwan - korea - thai
3. Full House - korea - thai
4. It started with a kiss (Taiwan) - Itazurana kiss (jepun) - Playful kiss (Korea) - Kiss me (Thai)
5. Jang Bori is Coming - Because of You (China)
6. Shining inheritance - Splendid Life (china/Taiwan), yang ni heroin x berapa best tapi ada jerry yan
7. Age of Youth - Ode to joy

Korang boleh la layan2 list drama kat atas ni bila boring. meouls tengok coffee prince malaysia tu tapi sorry not sorry mmg xbest. Yang women's room versi Zara Zya tu ok cume hero x berapa nak ngam la sebab yang versi korea abang tu nampak smart meanwhile si hafridz (apa ejaan nama dia?) tu agak selekeh sikit.

Berbalik pada Full House, kenapa kena hisyam hamid sebab heouls nampak kekertuan.  si Adam Lee (Pengantin Musin Salju) lebih sesuai
Quote jusperia 24-8-2018 03:47 PM
Yang penting Hero dan Heroin ialah orang singapore.
Orang malaysia letak orang negro sebagai hero dan heroin pun dia orang hadap.
Quote makton 24-8-2018 03:48 PM
tolong la jgn hancurkan cite Full House tu.. Tu la satu2 nya drama korea yg aku tak leh move on!
Quote ninyahnoks 24-8-2018 03:49 PM
syidasaleh replied at 24-8-2018 02:44 PM
Okay nak tau sapa.

Nama watak Hisyam Hamid ni Faliq Asad (FA) bawak keter Audi rs6 warna biru. FA ni clashed dengan sorang actress top nama Jasmin (Alicia Amin) yang katanya keluar dating dengan VIP. Mak jasmin (Louisa Chong) ni pun memang tak suka kat FA, nak suh jasmin kawen ngan vip and tengku.
Pasal clash ni FA banyak haters. Haters ni banyak peminat Jasmin yang blame FA. Sampai ada yang takleh terima FA dah ada girlfriend nak kawen.
Semalam FA kawen secara tertutup dengan Eli (Hana Dekisha) tak jemput reporter and media. Ada yang duk gosip Eli tu pregnant tu yang kawen tetiba.
Citer ni macam banyak sangat kebetulannya dengan gossip hot kat cari tahun ni.

Lihat semua komen(155)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:40 PM GMT+8 , Processed in 0.071008 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top