CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gusar Rumah Kian Reput

10-9-2013 06:04 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3869| Komen: 25

PEKAN – Keadaan rumah yang semakin reput saban hari menggusarkan seorang ibu tunggal yang mengharapkan bantuan bagi membaiki rumah yang menjadi tempat berteduh.
       
Siti Hasipah Hanim Sh Mahmud, 53, berkata, sejak bercerai dengan suami tujuh tahun lalu kehidupan dilalui secara sederhana bersama dua daripada lima anaknya yang masih bersekolah.
       
Menurutnya, sejak tahun 2011 dia ada menerima dua bantuan bagi membaiki rumah daripada Yayasan Rahah namun barangan berkenaan hanya tersadai begitu sahaja ekoran tidak mempunyai wang untuk membayar upah pekerja.
       
“Saya pernah membuat pinjaman beberapa tahun lalu untuk membuat bahagian dapur dan bilik air namun ditipu kontraktor yang meninggalkan kerja terbengkalai begitu sahaja.


Bilik air yang menjadi tempat mandi Siti Hasipah sekeluarga.

       
        “Saya kerugian kira-kira RM 10 000 wang pinjaman akibat ditipu dan sekarang masih tinggal di rumah asal yang kian mereput dan semakin sempit dengan barangan,” katanya.
       
        Siti Hasipah berkata, bantuan untuk mendapatkan tukang rumah telah diminta melalui pejabat Adun Peramu terdahulu namun masih tiada jawapan diperoleh sehingga sekarang.
       
        “Saya sememangnya berharap agar ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan bagi membaiki keadaan rumah sekali gus memberi tempat berteduh yang lebih selesa kepada saya dan anak-anak.
       
        “Walaupun saya bekerja sebagai pembantu am rendah di sebuah sekolah di sini, pendapatan diterima terlalu kecil dan pinjaman yang boleh dibuat begitu terhad menyebabkan saya tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya.
       
        Redah semak tengah malam
       
        Keadaan dapur yang terbengkalai menyebabkan Siti Hasipah dan anak-anak terpaksa mandi di ruang kecil di bahagian dapur dan tandas kecil pula terletak jauh di belakang rumah.
       
        “Tandas yang diperbuat daripada kayu sudah berlubang di sana sini malah kami anak beranak perlu mengangkut air untuk ke tandas walaupun pada waktu tengah malam.


 
Bahagian tepi rumah mula dimamah anai-anai menyebabkan banyak bahagian lantai dan dinding mula mereput.

       
“Anak bongsu saya Nor Syafiqah Azah Awang Mahat, 7, juga sudah lali meredah semak waktu tengah malam untuk ke tandas kerana keadaan rumah yang serba kekurangan,” katanya.
       
Menurutnya, dia cuma bimbang dengan kehadiran binatang berbisa seperti lipan, kala jengking atau ular ekoran keadaan semak yang agak tebal di sekitar belakang rumahnya.
       
Adun tunggu laporan
       
Adun Peramu Jaya, Datuk Sh. Mohmed Puzi Sh. Ali yang dihubungi berkata, masalah yang dihadapi Siti Hasipah akan dipantau pihaknya.
       
“Siti Hasipah memaklumkan bahawa dia pernah mengisi borang di pejabat Adun untuk meminta bantuan namun pentadbiran kini telah berubah apabila saya telah menggantikan Adun sebelum ini.
       
“Saya berharap dia datang ke pejabat untuk mengisi borang dan pihak saya dapat menyiasat masalah yang dihadapi dan memberi bantuan sewajarnya kepada dia sekeluarga,” katanya.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Acong 10-9-2013 05:59 PM
ini sudah ketetapan Allah...... kayu yg tak dirawat mmg cepat mereput......
Quote dubuk 10-9-2013 06:07 PM
tak baik menipu janda!
Quote sepiITUindah 10-9-2013 06:09 PM
apsal semak sangat & penuh ngan sampah kat rumah
pemalas sangat ...mesti org kelantan ni
Quote shahx 10-9-2013 06:09 PM
pekan bukan ke kawasan najib...
Quote kazaraf 10-9-2013 06:17 PM
cis.. nampak sangat ko pemalas lah.
org lain pun ada yg miskin, tp keadaan rumah tetap kemas
Quote mamiayu 10-9-2013 06:19 PM
aku tak faham, kalau pun miskin, tak mesti rumah tu kena kotor. Miskin tu mg selalunya tuan punya diri tak berupaya mengatasinya, tapi kebersihan, kan boleh dilakukan sendiri

apa hal yg buang sampah keliling rumah kak oi... kan kebersihan tu sebahagian dari iman
Quote sepiITUindah 10-9-2013 06:21 PM
bukan saja anai2 mai serang
cuba check entah sawa pun ade dlm semak tu
Quote arasham 10-9-2013 06:31 PM
ya rabbi.....segala sampah-sarap tu tak mampu ke nak buang???
Quote ushioz 10-9-2013 06:34 PM
miskin dengan harta, kaya dengan sampah. win win lah tu makcik pemalas.
Quote kmelankolia 10-9-2013 06:43 PM
kalau mohon rumah sebelum ngundi aritu tentu dapat, ni da lepas ngundi tak dilayan aduan, pekan kaw pok jib kan.....
Quote baby_pingu 10-9-2013 06:46 PM
area umah dia cam kotor sgt..
maybe sbb tuh byk anai2 kot..huhu
Quote zorrro_03 10-9-2013 06:49 PM
Acong posted on 10-9-2013 05:59 PM
ini sudah ketetapan Allah...... kayu yg tak dirawat mmg cepat mereput......

Hahaha. Sejak bila ko jadi kembar fatol bari?  
Quote Acong 10-9-2013 06:53 PM
zorrro_03 posted on 10-9-2013 06:49 PM
Hahaha. Sejak bila ko jadi kembar fatol bari?

itu pun ketetapan gak........
Quote pr3ttytw33ty 10-9-2013 07:05 PM
pengotor - sikap yg akan membawa kepada kefakiran/kepapaan/kemiskinan & menutup pintu rezeki
Quote Acong 10-9-2013 07:09 PM
shahx posted on 10-9-2013 06:09 PM
pekan bukan ke kawasan najib...

Pekan kat Kelantan... Sempadan Gua Musang......
Quote kmelankolia 10-9-2013 07:17 PM
kalau pekan ni kat kelantan mesti teruk dah kene hentam.....sib baik kat pahang yer....
Quote noor2 10-9-2013 07:18 PM
hat yang macam ni lelaki 2 yang gatai nak poligami kohnonnya ikut sunnah tu tak mo pinang n kawinkah?



Quote ninja boy 10-9-2013 07:25 PM
makcik gemuk cukup makan pakai tu
Quote sekngucing 10-9-2013 09:26 PM
pengotor laaaa
walau pun miskin, tp bersih tu mesti, bersihh

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.071047 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top