CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Meghan Markle Terkilan Anak-anak Tak Bagi Sesen Lepas Bersara

16-8-2018 11:45 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3457| Komen: 20

'Drama' yang menghimpit Meghan Markle dan bapanya, Thomas Markle semakin memanas. Terbaru, bapa kepada Duchess of Sussex itu dikatakan semakin berasa hati apabila jasa baiknya belum dibalas anak-anaknya.



Foto: Mirror

Memetik Mirror, bekas pengarah pencahayaan Hollywood berusia 74 tahun itu mengadu kepada kenalannya bahawa dia mengharapkan Meghan, Samantha dan Thomas Jr untuk membantu mengurangkan beban hidupnya sebaik bersara, namun sehingga kini dia masih belum menerima sesen daripada mereka.

Markle dikatakan semakin terkilan terutama apabila bekas isterinya, Doria Ragland dilaporkan akan berpindah ke London untuk lebih dekat dengan Meghan, 37, dan menantunya, Putera Harry, 33.



Foto: Daily Mail

Menurut sumber yang berkata kepada Daily Mirror, "Ketika dia masih bekerja, Markle membantu anak-anaknya dari segi kewangan. Dia seorang yang sangat baik hati.

"Bagaimanapun, dia tidak berselindung dan mengharapkan semua hasil titik peluh yang dibelanjakan untuk mereka akan dibayar balik.

"Katanya, dia masih belum menerima walau sesenpun daripada mereka dan perkara itu membuat dia bertambah berduka lebih-lebih lagi apabila bekas isterinya seperti dialu-alukan dalam kehidupan keluarga diraja Britain itu sedangkan hubungannya dengan mereka semakin keruh," kata sumber.


Foto: Mirror

Terdahulu, Markle mendedahkan bahawa dia berharap Meghan akan menjaganya pada usia tua seperti dilakukannya kepada nenek Duchess of Sussex itu sebelum ini.

"Anak perempuan saya kata, dia akan menjaga saya di hari tua. Saya bukan bercakap mengenai wang, sebaliknya mengenai hari tua saya. Perkara ini sangat penting bagi saya," katanya. - CARI
38

Bagus
28

Marah
39

Terkejut
32

Sedih
31

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (193 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote armin 16-8-2018 12:10 PM
Yelah tu padahal nak duit. Kau bising dari dulu sebab duit. Cuba kau senyap je buat perangai classy dari dulu maybe dpt jugak tempias hidup royal tu. Masa kahwin pun dorg nk jemput kau iring Meghan kat pentas tp kau buat hal. So salah siapa?
Quote VioletsAre_Blue 16-8-2018 12:25 PM
Anak dah senang lupa diri lettew
Quote sukacactus 16-8-2018 12:37 PM
Bapak dia ni mmg byk bunyi le
Aritu masa ank nak kawin mcm dengki ke ank tu pun ada
Quote mesmerize 16-8-2018 12:44 PM
bagi la duit megan oi.. kesian kat bapak tu.. dah tua2 mana larat kerja dah
Quote saladin780 16-8-2018 12:47 PM
aik bukan parents kokesen ni jenis yg tak mengharap kat duit anak2 ke..
Quote dekmieDandy 16-8-2018 12:48 PM
banyak betul dia punye complaint

duit paparzai bagi tu x cukup lagi ke

naik nyampah pulak aku
Quote 234126 16-8-2018 01:32 PM
If betul ayah dia bantu mak dia besarkan meghan masa kecik, ayah dia ada hak nak bersuara sebab itu anak dia,sama mcm kat sini kalau tgk orang tua terabai kita maki2 mana anak2 xnak tolong, so kes ni sama. Hanya meghan and mak dia je tahu jasa ayah dia if betul ada berjasa. Tanya orang2 sekeliling tu jugak, if meghan and mak dia nak play ‘diam is better’ game.but ada je kes diam tak semesti betul anyway. if betul ayah dia kena aniaya mmg tak patut.and if betul ayah dia tin kosong je byk bunyi, also tak patut.
Quote paz 16-8-2018 01:52 PM
Setahu Paz, omputih tak kisah nak duit anak bila dah tua.

Lain custom bapak Meghan ni.
Quote mieymiey 16-8-2018 01:56 PM
Kalau Meghan ni setakat pelakon gred C rasanya takder bapak dia ni banyak bunyi
Quote zaziot 16-8-2018 01:57 PM
ala...nanti duk la tepi jalan mengemis..nnti paparazzi snap pict kuar pape...msti kerabat trus tolong sbb indirectly memalukan kerabat jugek
Quote monsterwife 16-8-2018 02:02 PM
Megan ni memang perangai tak elok pun.kalau ikut history tgglkan laki dgn tunang sbb nak bersama harry
Quote armin 16-8-2018 02:11 PM
Masalahnya dari first artikel sampai hujung duk bising pasal anak tak bagi sesen pun. Nak duit lettew
Quote alesandra 16-8-2018 02:15 PM
mieymiey replied at 16-8-2018 01:56 PM
Kalau Meghan ni setakat pelakon gred C rasanya takder bapak dia ni banyak bunyi

dan dia pun bukan pelakon A-list.psl dia kawen ngan ank raja england je kesahnya
Quote mieymiey 16-8-2018 02:22 PM
alesandra replied at 16-8-2018 02:15 PM
dan dia pun bukan pelakon A-list.psl dia kawen ngan ank raja england je kesahnya

Kalau Meghan ni bukan siapa siapa, rasanya bapak dia takkan terhegeh hegeh minta duit kot.
Quote dani-rox 16-8-2018 08:40 PM
mentang2 la meghan retis luar negara, kalau kat msia awal dah dicop mencakar istana. usah tertipu dgn lakonan gred z beliau hahaha apak dia sentap yg teramat sbb dia yg jaga meghan dari kecik, masukkan private school, belikan keta etc lepas maknya lari ikut jantan lain ke kpg hippies dan keluar masuk jel. tiba2 mak dia pulak diajak hidup senang lenang di england. so pacit markle ungkitlah psl duit. lg pun baru setahun dua yg lepas meghan sundirik kemain lg puji2 apaknya dlm majalah vanity fair, takkan bila dah kawen anak raja terus lupa diri
Quote eyansss 16-8-2018 08:52 PM
dani-rox replied at 16-8-2018 08:40 PM
mentang2 la meghan retis luar negara, kalau kat msia awal dah dicop mencakar istana. usah tertipu dg ...

aku setuju je meghan ni dikecam sebab lupa daratan... dah la bapak provide segalanya... siap buat pinjaman masa meghan nak start karier lakonan...


tapi sila kecam adik beradik meghan sekali...

Quote dani-rox 16-8-2018 09:00 PM
eyansss replied at 16-8-2018 08:52 PM
aku setuju je meghan ni dikecam sebab lupa daratan... dah la bapak provide segalanya... siap buat  ...

abang dia kerja biasa2 jah, si kakak pulak oku... tp meghan kaya raya, tu yg mendpat kecaman yg lebih hebat ai saspek si kakak tu yg batu api sbb tiba2 jah apaknya berani bersuara... siap bg tahu harry tepon maki2 dia kat spital. royal family pun pening takbleh nak tutup mulut famili meghan, american kan menjunjung tinggi hak free speech. ummah marhaen kunyah popcorn jah tengok drama bersiri nih hahaha.
Quote eyansss 16-8-2018 09:02 PM
dani-rox replied at 16-8-2018 09:00 PM
abang dia kerja biasa2 jah, si kakak pulak oku... tp meghan kaya raya, tu yg mendpat kecaman yg le ...

kakak dia OKU apa?  kalo betul la kakak dia jadi batu api, elok dihempuk aje kepala tu...  but both kakak n abang hanyalah half sister brother kan...  tak share mak yang sama kan...

sebab tu la kebanyakan royalty ni suka buat background check dan sangat particular sebab nak elak memenda camni la...
Quote dani-rox 16-8-2018 09:14 PM
eyansss replied at 16-8-2018 09:02 PM
kakak dia OKU apa?  kalo betul la kakak dia jadi batu api, elok dihempuk aje kepala tu...  but bot ...

sakit multiple sclerosis.
yup, adik beradik tiri. lagipun si kakak jauh lebih tua drpd meghan dlm belasan tahun gitu.

kata gosip, royal family mula2 tak setuju harry kawen dgn meghan sbb shady background minah tuh tp harry selaku spoilt brat mengamuk2 nak jugak. gitu la mcm mana dia berkeras nak masuk war zone kat afghanistan - sampai queen E terpaksa kerahkan SAS babysit harry kat situ

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:32 AM GMT+8 , Processed in 0.200766 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top