Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Sedihnya hanya Tuhan saja yang tahu perasaan seorang ibu apabila hanya mampu mendengar dua anak kecilnya menjerit meminta tolong, sebelum sayup-sayup ditenggelami api marak petang semalam.
Astro AWANI melaporkan, kejadian berlaku di Kampung Hilir, Lingga, Sri Aman, Sarawak sekitar jam 4.25 petang. Hasil pencarian pasukan bomba dan penyelamat pada sisa kebakaran menemui Zulkarnain Ajijul, 5, dan Zulfadli Ajijul, 2, rentung dalam keadaan berpelukan di hadapan pintu bilik datuk mereka. Difahamkan, ibu kanak-kanak malang itu, Jamilah Tuah masih trauma dan terkilan kerana gagal bertindak dalam insiden yang berlaku sekelip mata itu.
“Mereka berdua menjerit memanggil saya. Tetapi, selepas itu suara dua beradik terus hilang. Saya tidak dapat menyelamatkan mereka sebab tiada orang lain berada di rumah (ketika kejadian). “Saya hendak memasuki semula rumah, tetapi api sudah terlalu marak. Saya tidak tahu apa yang dimainkan mereka berdua di dalam rumah. "Terlalu sekejap saya tinggalkan mereka berdua beradik kerana sebelum itu mereka tidur di sebelah kakaknya. Saya tidak sedar bilakah mereka bangkit dan masuk ke dalam bilik (datuk mereka) ... saya pun tidak tahu,” katanya. Sementara itu, datuk mangsa, Ali Sanusi seakan tidak percaya dengan insiden tragis berkenaan. “Pilu rasa hati apabila terkenang dan terbayang wajah cucu saya. Saya tidak perasan (kejadian kebakaran), saya tidak tahu apa-apa, kerana saya cuma melihat asap hitam tebal di rumah. “Saya cuma ingat keselamatan cucu, di mana mereka berada. (Apabila dapat tahu) cucu saya dah mati, saya berasa lemah," katanya. Jenazah dijangka dikebumikan di Lingga hari ini. - CARI |
8
Bagus |
7
Marah |
10
Terkejut |
14
Sedih |
7
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT