Isteri Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan menyelar pihak berkuasa yang didakwanya tidak telus dalam menyiasat kes kematian suaminya.
Samirah Muzaffar mendakwa, keluarganya tidak menerima sebarang laporan mengenai perkembangan siasatan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat. Memetik mStar Online, Samirah masih menunggu maklumat berhubung beberapa barangan peribadi suaminya yang hilang sejak kejadian. Malah, menurutnya laporan yang didedahkan mengenai insiden itu juga tidak konsisten dengan laporan bedah siasat Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 2 Ogos.
“Laporan itu menyatakan bahawa Nazrin mengalami kecederaan yang menembusi bahagian kiri belakang kepala dan luka itu dikaitkan dengan kecederaan kepala yang teruk. “Laporan post-mortem tidak menyatakan wujudnya kesan petrol di bahagian kepala atau mana-mana bahagian badan suami saya,” katanya. Kes kematian Nazrin pada 14 Jun yang dipercayai berpunca daripada terhidu asap selepas kebakaran berlaku di tingkat atas kediamannya di Mutiara Damansara dikelaskan semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan pada 3 Ogos. "Sebagaimana orang ramai tahu, suami saya hidup dengan penuh integriti, jujur dan profesional. Saya mahu siasatan yang mengikut standard etika dan telus," tegasnya. - CARI
|
22
Bagus |
30
Marah |
31
Terkejut |
13
Sedih |
39
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
“Laporan itu menyatakan bahawa Nazrin mengalami kecederaan yang menembusi bahagian kiri belakang kepala dan luka itu dikaitkan dengan kecederaan kepala yang teruk.
lil_bratz replied at 14-8-2018 07:38 PM
wifenye anak chandra muzaffar bekas pengasas pkr. cantik letops.
Adakah? replied at 14-8-2018 08:54 PM
Ni ke wife arwah?letups ke?nmpk beshe2 je
Changa replied at 14-8-2018 08:33 PM
Bimbo nya sis, akak dah buka thread dulu yang lagi kelas. Katup jah thread haus di aidilfitri ini
ADVERTISEMENT