Kerajaan sedang mengkaji langkah yang dilaksanakan di Jepun dan Korea dalam usaha menghadkan akses internet bagi remaja bawah 17 tahun selepas 12 tengah malam hingga 6 pagi.
Memetik laporan Bernama, Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat berkata, kajian itu antara usaha menangani masalah ketagihan permainan video dan aplikasi media sosial dalam kalangan remaja di negara ini. “Terdapat juga penyedia permainan video yang menyekat (remaja) bawah 17 tahun untuk berada (bermain), selama satu hingga dua jam dan selepas itu mereka di’offline’kan. Ini antara langkah yang boleh diambil dan kita kaji untuk memastikan ia dikawal.” Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Lukanisman Awang Sauni (PBB-Sibuti) mengenai langkah yang dilaksanakan kerajaan untuk membendung ketagihan permainan video yang menyebabkan masyarakat menjauhi aktiviti harian.
Menjawab soalan asal Lukanisman sama ada ketagihan permainan video dan aplikasi media sosial dikategorikan sebagai masalah mental, Boon Chye berkata, kedua-dua tingkah laku itu tidak menyebabkan gangguan mental tetapi ia boleh memberi kesan negatif terhadap seseorang individu. Tambah beliau, berdasarkan statistik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, SKMM, terdapat seramai 24.1 juta pengguna internet di seluruh negara, sebanyak 80% daripada jumlah keseluruhan itu didapati melayari internet lebih 4 jam setiap hari.- CARI
|
16
Bagus |
17
Marah |
31
Terkejut |
31
Sedih |
12
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sinalegna replied at 13-8-2018 10:50 PM
Budak tido lambat & ponteng sebab main game tu ke penyebabnye?
ADVERTISEMENT