Berikutan kerajaan kini sedang berusaha meringankan beban hutang negara, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan mempertimbangkan untuk membatalkan projek pembangunan infrastruktur sokongan China yang menelan jumlah pelaburan bernilai beberapa bilion ringgit.
Memetik laporan Astro Awani, bagaimanapun Perdana Menteri itu tetap berhasrat meneruskan hubungan baik dengan China dan akan mengalu-alukan pelaburan dari negara itu selagi projek itu memberi manfaat kepada Malaysia. Beliau berkata demikian dalam satu temu bual eksklusif dengan Associated Press (AP) di pejabatnya sebelum beliau berangkat ke Beijing untuk rangka lawatan rasmi beliau ke negara itu Jumaat ini. Difahamkan beliau mengambil pendirian yang amat tegas dalam keputusan membatalkan projek saluran tenaga dan projek rel di sepanjang pantai timur yang telah ditandatangani oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini. "Kami tidak perlukan kedua-dua projek itu. Kami tidak rasa ia berdaya maju. Jika kami boleh, kami mahu batalkan projek-projek itu." Beliau sedar pembatalan projek itu agak mustahil ianya dapat dilaksanakan, namun beliau berharap sekurang-kurangnya menghentikannya untuk sementara waktu. Projek itu boleh dikemukakan semula jika ada keperluan pada masa hadapan, tambah beliau.- CARI |
18
Bagus |
19
Marah |
8
Terkejut |
7
Sedih |
11
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT