CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1192|Reply: 1

Masalah Hutang Negara, Projek Infrastruktur Pelaburan China Perlu Dibatalkan- PM

[Copy link]
Post time 14-8-2018 10:06 AM | Show all posts |Read mode
Berikutan kerajaan kini sedang berusaha meringankan beban hutang negara, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan mempertimbangkan untuk membatalkan projek pembangunan infrastruktur sokongan China yang menelan jumlah pelaburan bernilai beberapa bilion ringgit.


Kredit foto: carian internet



Memetik laporan Astro Awani, bagaimanapun Perdana Menteri itu tetap berhasrat meneruskan hubungan baik dengan China dan akan mengalu-alukan pelaburan dari negara itu selagi projek itu memberi manfaat kepada Malaysia.


Beliau berkata demikian dalam satu temu bual eksklusif dengan Associated Press (AP) di pejabatnya sebelum beliau berangkat ke Beijing untuk rangka lawatan rasmi beliau ke negara itu Jumaat ini.


Kredit foto:carian internet



Difahamkan beliau mengambil pendirian yang amat tegas dalam keputusan membatalkan projek saluran tenaga dan projek rel di sepanjang pantai timur yang telah ditandatangani oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini.


"Kami tidak perlukan kedua-dua projek itu. Kami tidak rasa ia berdaya maju. Jika kami boleh, kami mahu batalkan projek-projek itu."


Beliau sedar pembatalan projek itu agak mustahil ianya dapat dilaksanakan, namun beliau berharap sekurang-kurangnya menghentikannya untuk sementara waktu.


Projek itu boleh dikemukakan semula jika ada keperluan pada masa hadapan, tambah beliau.- CARI


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2018 11:21 AM | Show all posts
jgn ecrl je kau nk batal
batalkn juga projek2 panas mcm forest city n melaka gateway
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.858504 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list