Setiap tahun menjelang bulan September, majalah-majalah fesyen akan mengeluarkan isu khas yang lebih tebal dan dipromosikan secara besar-besaran.
Isu September selalu mengetengahkan trend baru yang lebih segar dan dijangka akan menguasai pasaran pada tahun mendatang. Sebab itulah majalah ini berlumba-lumba mendapatkan nama besar untuk menjadi covergirl mereka. Salah seorang yang menjadi rebutan ialah penyanyi terkenal, Beyonce. Ketika ditawarkan oleh editor Vogue, Anna Wintour untuk menghiasi muka depan majalah fesyen paling ternama di dunia itu bagi keluaran September 2018, Beyonce mempunyai satu permintaan khas iaitu 'Kuasa'.
Ya, Beyonce mahu diberikan kuasa sendiri untuk menentukan arah tuju keluaran khas itu nanti. Kuasa untuk memilih gambar, konsep, jurukamera, menulis kapsyen, dan menentukan cerita yang akan ditulis. Kuasa, sesuatu yang sukar dilepaskan oleh editor lagenda seperti Anna Wintour tetapi demi Beyonce, semuanya diturutkan. Ternyata keputusan Anna itu berbaloi. Isu Vogue keluaran September dengan muka depan Beyonce mula beredar di pasaran dan antara yang menjadi bualan adalah gambar-gambar menarik diambil jurufoto muda Tyler Mitchell, 23. Tyler mencipta sejarah sebagai jurugambar berkulit hitam pertama dipilih untuk sesi fotografi muka depan Vogue. Selain itu, Beyonce menulis sendiri kandungan majalah mengenai isu-isu yang dianggapnya penting. Isu yang ditulis oleh Beyonce sangat peribadi seperti kisah mengenai kandungannya, badannya dan bagaimana dia tertekan untuk mengembalikan bentuk badan tiga bulan selepas bersalin bagi menjayakan konsertnya. Beyonce juga menceritakan masalah kesihatan yang dihadapinya selepas bersalin selain mengeluh kerana ruang untuk pengamal fesyen dan jurugambar kulit hitam seperti Tyler masih terhad. Jika anda ingin membaca banyak lagi cerita tentang Beyonce, dapatkan Vogue keluaran khas September di pasaran! - CARI
|
47
Bagus |
37
Marah |
25
Terkejut |
42
Sedih |
48
Lawak |
36
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
samasam90 replied at 5-9-2018 04:46 PM
Sheolls very the feeling goddesss walaupun album tak selalu nombor 1. Tapi tetap iolls sembah ratu.
dauswq replied at 6-9-2018 06:27 AM
album dia selalu no. 1 sejak debut sheols lagi noks..
sheols punyai 6 album no.1 kecuali album ...
Orix replied at 6-9-2018 03:36 PM
Jay park ke jay z ?
dauswq replied at 6-9-2018 04:13 PM
tersasul lak dgn penyanyi korea
pantang tgk nama jek
ADVERTISEMENT