Berikutan dikatakan dibina tanpa pelan pembinaan dan permit yang diluluskan, Masjid Besar Weizhou di China yang telah siap dibina sejak tahun lalu telah diarah diruntuhkan.
Memetik laporan Harian Metro, tindakan pihak berkuasa daerah Tongxin itu menerima bantahan umat Islam tempatan khususnya dari etnik Hui. Akibatnya kerajaan tempatan terpaksa tidak meneruskan operasi meruntuhkan masjid itu bagi mengelakkan ketegangan berlaku. Difahamkan, masjid tersebut turut dikatakan melanggar syarat pembinaan iaitu menerima dana pembinaan dari pelabur luar. Bagaimanapun, umat Islam di daerah itu mempertikaikan kenapa pihak berkuasa sebelum ini tidak menghalang pembinaan masjid terbabit yang mengambil masa dua tahun untuk disiapkan, jika permit dan pelan pembinaan tidak diluluskan.
Sehubungan itu, pemimpin China dilaporkan berjanji tidak akan meruntuhkan masjid itu sehingga pelan pembinaan semula diluluskan kerajaan setempat.- CARI
|
26
Bagus |
16
Marah |
23
Terkejut |
35
Sedih |
17
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT