Seram tak treler filem Slender Man ini? Kepada yang tidak mengenali Slender Man, imej makhluk ini mula-mula muncul di sebuah forum Internet bernama Something Awful. Ia kemudiannya menjadi popular di laman sesawang bergenre seram Creepypasta. Sejak mitos urban ini diperkenalkan, pelbagai insiden yang dirasakan berkaitan dengan mitos ini mula dilaporkan.
Insiden yang paling mengejutkan adalah satu kejadian pembunuhan yang berlaku pada tahun 2014 di Amerika Syarikat, di mana dua remaja perempuan telah mendakwa bahawa mereka berada di bawah pengaruh makhluk Slender Man semasa membunuh seorang rakan mereka! Sebuah filem yang mengisahkan satu kejadian mistik yang berlaku kepada sekumpulan remaja perempuan yang telah menyeru makhluk ini bakal ditayangkan di seluruh dunia secara serentak pada 10 Ogos 2018. Sudah pasti ramai pengikut laman sesawang Creepypasta termasuk golongan remaja generasi ini yang tertunggu-tunggu untuk menonton karya pengarah Sylvain White ini. Namun berdasarkan carian di laman sesawang IMDB, penulis mendapati bahawa Malaysia tidak termasuk di dalam senarai rasmi tayangan filem ini. Manakala CinemaOnline Malaysia seakan memberi indikasi bahawa filem ini tidak akan ditayangkan. Walau bagaimanapun, filem ini telah pun mula ditayangkan di Indonesia pada 10 Ogos 2018. Tapi nanti dulu! Carian yang dilakukan di laman-laman sesawang pawagam TGV dan Lotus Five Star pula menunjukkan bahawa filem ini bakal menemui penonton Malaysia pada 23 Ogos 2018. Hmm.. Mana satu yang betul ni? Mengimbas kembali, penghasilan filem Slender Man ini juga tidak sunyi dari kontroversi. Portal berita Yahoo News SG dan South China Morning Post (SCMP) telah melaporkan bahawa bapa kepada mangsa tragedi pembunuhan (yang dinyatakan di atas) dikatakan telah melahirkan rasa tidak puas hati dan kecewa dengan keputusan untuk menerbitkan filem ini. Apa nak buat. Barangkali bagi keluarga mangsa, tragedi tersebut masih segar di ingatan walaupun 4 tahun telah berlalu. Selain itu, laman sesawang Rotten Tomatoes menunjukkan bahawa filem ini rata-ratanya menerima ulasan yang kurang memberangsangkan dari para pengkritik filem. Jika anda tidak menyukai sebarang 'spoiler', elakkan dari membaca ulasan-ulasan tersebut ya! Agak-agak kalau dapat menonton filem Slender Man ini, apa perasaan anda ya? Pssst, elakkan berswafoto di dalam pawagam semasa menonton filem ini nanti, takut-takut terkena tunafoto dari makhluk ini pula! - CARI
|
Ferr_Remy replied at 16-8-2018 11:31 PM
Leh je tgk online. Iols truja sgt nak tgk The Nun kat wayang!
Ferr_Remy replied at 18-8-2018 08:40 PM
Hengat lawak?
ADVERTISEMENT